pinjam dengan cik google...sakit jiwa nak load gambar dari file mama..tapi lebih kurang jerr gupa dier.. |
Mama baru buat kuih ni malam tadi. Niat tu nak bawa balik separuh ke kampung sebagai buah tangan...kan raya haji...takkan nak makan lemang ngan nasi impit jerr...kena laa ada makanan santai yang boleh kunyah kunyah sambil borak. Saja lepas geram sebab raya puasa aritu tak buat...nyum nyum nyum.
Nak tahu kenapa mama letak nama biskut kacang ateh..? Ateh tu sebenarnya kakak mama yang nombor 2 dari 4 adik beradik perempuan, mama yang bongsu, campur lelaki ada 7 orang adik beradik. Setiap kali raya ateh suka buat biskut ni...tersangatlah sedap. Asalnya resepi ni ateh guna resepi biskut mazola, tapi diubah suai guna minyak masak biasa jerr...nak cuba..?..cuba laa..mudah, murah dan anak umur belum balighpun boleh buat..senang sesangat.
Bahan
Kacang Tanah 1 kg
Tepung 3 cawan
Tepung Jagung 1/2 cawan (mama tambah...tak masukpun takpa)
Minyak Masak Ikut lembut tepung..supaya mudah dibentuk
Gula Halus 2 cawan atau ikut suka nak manis camana...
Kuning Telor 2 biji untuk sapu
Cara
- Goreng kacang tanpa minyak..pastikan kacang menjadi rangup
- Blander kacang hingga halus
- Gaul kacang dengan tepung, tepung jagung dan gula hingga sebati dan rata.
- Tuang minyak sedikit sedikit hingga terbentuk doh yang mudah dibentuk
- Kalau mama bulat bulatkan jerr
- Sapu atas dia dengan kuning telor dan bakar pada suhu 180 darjah..jangan tinggalkan. Tengok..bila dah oren kuning telor atas dia..masak laa tu..
nak letak kacang atas dia pun boleh |
No comments:
Post a Comment