Thursday, 10 November 2011

KAKI LEMBU @ KERBAU PUN SEDAP

rupa kaki yang belum diproses

Assalamualaikum..haha...bila musim korban mesti banyak kaki kaki lembu yang menjadi rebutan sesetengah pihak.  Bagi yang tidak pernah merasa mungkin mual menyelinap ke anak tekak..untuk pengetahuan kau orang mama memang telah terdidik sejak kecil untuk makan makanan exotic ni.  Mama nak kongsi dengan kau orang macam mana nak masak kaki lembu @ kerbau ini.

bakar sampai hangus kulit dia...kira takda peluang laa bulu bulu untuk tinggal
Mula mula kena bakar dahulu.  Boleh guna kayu arang, sabut atau apa sahaja janji guna api yang membara.  Biar kelihatan hangus pun tak apa.

cam gini laa rupa kaki lembu yang dah hangus
lepas tu kikis yang hangus itu sampai jadi bersih..kira yang hangus tu
habis bersih..

bila dah bersih,  senanglaa kita nak hiris kulit dia kecil kecil,  tapak kaki dia boleh dipotong
empat,  sebab sendi dia lembut jerr


apalagi buat sop laa...bukan main sedap
kena pulak dengan sambal kicap yang letak cili api tu..purghh..

Selain sop kita juga boleh olah jadi gulai lemak cili api,  campur dengan serai dan buah masam seperti belimbing buluh..

RESEPI GULAI KAKI LEMBU

Kaki Lembu            1 batang yang telah siap dihiris dan dipotong
Cili Api                    segenggam
Kunyit Hidup          3 inci @ lebih
Serai                       5 batang  dipecah pecahkan 
                            (kalau suka boleh letak 20 batang tetapi ambil yang lembut sahaja dan dihiris 
                             nipis dan tumbuk)
Belimbing Buluh     20 biji @ lebih 
Kelapa                    sebiji

Cara
  1. Kisar cili padi dengan kunyit,  lalu digaul dengan kaki tadi.  Masuk air dalam 2 cawan dan kecutkan biar sampai lembut kulit dia.  (adalah dinasihatkan rebus tapak kaki dia berasingan sebab part ni lambat lembut,  bila dah lembut baru kecut sekali dengan kulit dia.  
  2. Lepas tu kita biar atas api hingga kuah dia kering,  barulah kita masukkan serai dan santan,  tunggu hingga pecah minyak baru masuk belimbing.  Kalau nak masam lagi tambah asam keping atau tambah jer buah belimbing tu.


terimakasih cik google sebab pinjamkan gambar..hehehe...








No comments:

Post a Comment