Friday, 28 October 2011

MUSLIM BUKAN TERORIS

gambar semasa beliau berada di dalam rancangan Oprah

Bermulanya kisah si Dave ini apabila menerima tawaran dari Morgan Spurlock  yang ingin mengkaji tentang kehidupan Muslim sebenar.  Morgan Spurlock dikenali kerana mengarahkan rancangan berbentuk dokumentari yang sebelum ini telah mengarah dua episod yang pertama tentang pengalaman beliau memakan McDonald selama 30 hari dan kesan terhadap kesihatan manusia.  Episod kedua berkenaan pengunaan steroid dan supplement selama 30 hari untuk menguruskan badan.


 Dalam ramai rakyat US,  Dave menjadi pilihan yang tepat bagi Morgan Spurlock untuk merealisasikan kajiannya.  Bermulalah episod "30 days as a Muslim".  Rancangan ini telah menjadi perhatian Oprah dan menjemput Dave ke studio untuk menceritakan pengalamannya itu.  

Dave, adalah seorang penganut agama kristian berasal dari West Virginia, menjalani kehidupan sebagai seorang kristian disamping isteri dan anaknya.  Dia menerima tawaran Morgan untuk memahami dan mengenali Muslim dari kacamatanya sendiri.  Dia sanggup menyamarkan diri sebagai seorang lelaki muslim, berjanggut, berketayap dan berpakaian selayaknya sebagai seorang muslim.  Pemergiannya menyebabkan isterinya mengalirkan airmata..takut suami terpesong laa tu..

Sebelum tinggal bersama Shamael and Sadia yang merupakan pasangan muslim,  Dave tidak mengenali kehidupan seorang muslim.   Dia mengatakan "saya mengambarkan islam ialah wanita menutup kepala dan muka mereka" . "" seorang lelaki dengan memegang senjata AK-47s."  Peluang mendekati diri dengan kehidupan Muslim menjadi satu pengalaman yang berharga kepada dirinya dan memahami kehidupan masyarakat muslim yang sering dipandang serong oleh kebanyakan masyarakat antarabangsa terutama warga AS.  Ini jelas semasa dalam perjalanannya menuju ke rumah pasangan islam itu dia dilayan seperti seorang yang disyaki.  Ketika di lapangan terbang dia telah diperiksa seolah olah dia adalah seorang teroris.  Kebanyakan warga kulit putih itu memandangnya dengan penuh perasangka.


Itu bukanlah menjadi batu penghalang untuknya meneruskan misi, dia ingin merasakan pengalaman bagaimana pahitnya menjadi seorang Muslim yang di dihina hanya sebab janggut dan baju berjubah, padahal semua tuduhan itu sama sekali tiada bukti. 


Dia telah mengelilingi bandarnya dengan penampilan seperti itu, dan respon yang diberikan orang-orang awam terhadapnya sangat menyakitkan.  Majoriti warga AS yang diajaknya berbincang secara terang-terangan menolak untuk tidak mendiskriminasikan umat Islam kerana mereka yakin betul semua Muslim adalah teroris.  30 hari telah dihabiskannya bersama satu keluarga Muslim benar-benar menunjukkan perkara sebaliknya. Ia merasa bahawa keluarga itu sangat harmonis, dan banyak perkara yang tidak dipahaminya, namun ia mengaku banyak masalah dapat diselesaikan dengan ajaran Islam. 

Apa yang menarik di dalam episod 30 hari sebagai Muslim ini tanpa disedarinya beliau telah mempertahankan islam bila orang ramai mempersoalkan islam dan muslim di AS.  Dave menjadi marah apabila dia meminta tanda tangan petition untuk gabenor michigan kepada orang ramai supaya membenteras diskriminasi  tidak  diendahkan.  


Untuk menyaksikan episod 3o hari sebagai muslim sila lawati; 


Salah satu plot yang paling menarik adalah ketika lelaki itu duduk bersama isteri tuan rumah berdua di ruang tamu. Kemudian tuan rumah datang dan mengatakan bahawa dalam Islam dijelaskan bahawa ketika dua orang lawan jenis yang bukan muhrim dan bukan suami isteri berada dalam satu ruangan, maka akan ada pihak ketiga bersama mereka, iaitu syaitan.

Hal pertama yang dipikirkan oleh lelaki non-Muslim tersebut adalah bahawa prinsip ini benar-benar gila.

Tapi di hadapan Oprah dan semua penonton di studio waktu itu, akhirnya ia mengakui bahawa prinsip hubungan antara lawan jenis dalam Islam seperti demikian itu sepertinya boleh menyelesaikan banyak masalah yang terjadi dalam pergaulan di AS yang terlalu sosial. 

Pencabulan, perzinaan, penyebaran HIV / AIDS boleh dicegah dengan cara ini, dan lebih efektif daripada cara apa pun.  Siapa menyangka seorang non-Muslim akan dengan begitu beraninya mengakui kebenaran Islam di hadapan kamera .  Maka sekarang jelaslah tugas kita semua. 

Oprah telah membuka jalan bagi syiar Islam, iaitu dengan membuktikan keteladanan yang baik.... akan menghancurkan semua tuduhan yang salah.

Kalau mereka tidak mahu percaya pada kata-kata, maka buktikanlah dengan perbuatan!!!



No comments:

Post a Comment