Assalamualaikum sayang....masa mama menaip entry ni mama teringin sangat nak makan cupcake yang dihias cantik kat atas dia. Kebelakangan ni orang kita semakin gila dengan cupcake yang dihias dengan pelbagai deko samada bunga, kartun atau longgokan cream yang banyak kat atas cupcake. Atau pun guna gula fondan yang sedia ada di kedai bakeri, buatlah apa saja bentuk dan letakkan di atas cupcake..memang mengagumkan. Harga jangan tanya..memang mahal tetapi berbaloi dengan usaha keras si pendeko.
Kau orang pernah tak cuba mendeko kek sendiri..? Tentu sukarkan lebih lebih lagi bagi mereka yang tidak mengambil sebarang kursus walau minat itu ada. Apa kata kita belajar mendeko bermula dengan cupcake..kecil dan mudah untuk dideko oleh tangan keras macam kita kita ni..
Tetapi yang penting kena pandai buat cupcake dulu..dah ada cupcake baru boleh buat cream dia..jangan tak tahu terdapat berbagai cara untuk membuat cream..samada nak yang mahal, murah dan mudah, semuanya ada cara tersendiri.
hiasan simple..kitapun boleh buat |
Mama bukanlah pandai sangat pun tetapi bila time birthday anak anak kek tak payah beli sebab mama buat sendiri dan deko sendiri. Walau tak secantik beli tetapi tetap melekat di hati orang yang mama kasihi.
Kalau nak mudah sesangat beli jer coklat berperisa samada milk, strawberry, coklat atau apa sahaja; kita cairkan guna double boild dan tuang atas cupcake lepas tu tabur jer manik manik atau coklat rice berwarna warni kesukaan kita..
Paling best kita guna Buttercream yang kita bancuh sendiri..lebih seronok dan kita boleh deko sesuka hati..
Di sini mama kongsi cara cara nak buat buttercream
Bahan
Krimwell 1 cawan
Shortening 1 cawan
Gula Ising 5 cawan di ayak
Vanila 1 sudu
Suhu UHT 4 sudu
Cara
Putar Krimwell bersama shortening hingga kembang. Masuk vanila putar lagi diikuti dengan gula dan susu di isi sedikit sedikit hingga cream menjadi gebu dan gula tidak kelihatan. Boleh diwarnakan dengan beberapa warna dan kita dekolah atas cupcake kita sesuka hati yang kita mahukan..
paling senang nak tiru..janji ada pipe dia..kalau takda sapu jer dengan sudu.. |
sentuhan profesional |
No comments:
Post a Comment