Tuesday, 11 October 2011

BUAH HUTAN ENAK DIMAKAN


Entah kenapa Mama betul betul teruja nak kenalkan dengan kau orang dengan buah buahan dari hutan.  Masa mama kecil kecil dulu,  mama dibesarkan di kampung.  Masa zaman 70an,  kanak kanak senasib dengan mama susah sikit nak menikmati buah buahan yang terjual di pasar pasar, contohnya seperti epal, anggur, limau sanquick,  pear dan macam macam lagi buah komersil. Maklumlah orang kerja kampung,  banyak manalah duitnya.  Peliknya kami tak hairan la pulak nak mendesak emak abah untuk membelikan untuk kami.  Mungkin kerana kami dikelilingi bermacam macam pokok buah buahan, lebih lebih lagi buah sepanjang musim seperti beweh (jambu batu), kerasnya bukan main..sedap dicecah garam, belimbing besi, mangga, ermm banyak nak disebut.

Ha.. bila tiba musim buah rambutan, sampai batuk batuk memakannya,  kadang kadang tak berusik di atas pokok sebab dah muak, belum cerita lagi durian, manggis, langsat, mata kucing...memang tak payah keluar duit untuk menikmatinya.

Okeylah,  mari kongsi cerita pasal buah buah hutan yang enak dimakan.  Gambar gambar ni mama cari kat google jer..bila masa la pulak nak ke hutan...tak berani mama.  Dulu kat belakang rumah,  sekarang belakang rumah dah terang benderang,  semua pokok hutan dah lupus.

Buah  Kemunting

Buah Kemunting, bila masak warnanya akan bertukar dari hijau kepada purple.  Pokoknya takda laa tinggi,  takat 3 kaki, lepas tu banyak cabang dahan,  jadi satu pokok menghasilkan banyak buah.  Bunga diapun cantik,  ada warna purple dan ada juga berwarna putih. Buah ni kalau terlampau masak warnanya akan bertukar menjadi hitam.  Rasanya tersangatlah manis dan mempunyai rasa yang tidak dapat diceritakan.  Kalau dibiarkan sejuk lagi sedap.  Ala ala blueberry gitu...ada mama terbaca di sebelah vietnam buah ni digunakan untuk membuat arak.  Bayangkanlah manis ke tidak buah ni...rindunya mama nak makan buah ni...ada sapa sapa nak tolong carikan untuk mama...?

Buah Pelandok

Ini satu lagi kesukaan mama, buah pelandok.  Entah kenapa dinamakan pelandok mama pun tak tahu.  Apa yang pasti buahnya lemak manis, dan bijinya seperti rempah bulat. Bila muda buahnya kehijauan,  bila masak warrnanya akan bertukar jadi merah.  Pokoknya mempunyai ketinggian 1 kaki sahaja. Mempunyai banyak dahan, jadi apabila berbuah tersangatlah cantik kerana warna merah akan bertaburan sekeliling kita.  Selalunya dia tumbuh di dalam kebun getah atau di dalam hutan.  Tetapi sekarang payah juga nak jumpa.  Pernah sekali mama melawat kebun mama, adalah jumpa sebatang tapi buahnya adalaa 2 3 biji..tak sampai hati nak cabut takut mati pulak pokok tu..disebabkan dia kecil kecil kadang kadang mama kunyah jer biji dia sekali..haaa high fiber...hehehe

Buah nasi nasi

Mama ada seorang abang,  bukan main rajin masuk hutan.  Bukan apa dia suka pungut buah hutan dan bawa balik kasi mama dengan abang mama seorang lagi menikmatinya.  Terima kasih ya Bang Nandak di atas jasamu dapatlah adikmu ini menikmati hasil bumi kurniaan Allah. Bang Nandaklah memperkenalkan buah ni,  rasanya masam masam dan kelihatan seperti barli.  Lembut jer tapi mama tak ingat ada biji ke tidak. Semasa mama kecil pokoknya payah nak jumpa,  pokoknya kecil dan lagi rendah dari pokok pelandok, apalagi lah sekarang kebun getah habis terang benderang dengan tanam semula,  hutan juga dibersihkan buat tanam pokok getah.  Kat kampung mama buah ni dah lupus kot...

Buah Leletup

Pokok Leletup ni jenis menjalar.  Pokok ni pantang jumpa pagar,  suka laa dia menumpang.  Pucuknya kalau dicelor sedap dibuat ulam tau..lemak lemak rasa dia.  Buah hijau tu belum masak lagi tapi kalau dah masak buahnya akan kekuningan dan isinya seperti buah markisa,  lemak manis dan juicy..

 Buah Binjai

Terngiang ngiang akan aromanya yang wangi dan tersendiri.  Mama kalau terpandang buah ni pasti mama teringat zaman sekolah rendah dahulu,  nak tahu kenapa.  Bila time rehat mama dengan kawan kawan yang lain akan pergi kat pagar belakang sekolah,  kami berebut rebut beli buah ni dari tuan punya pokok binjai. Harga 10 sen sebiji.   Pokok binjai itu sangat besar dan tinggi,  nak ambil kena pakai pengait dan kena expert untuk tahu mana muda, tua atau dah masak.  Kalau muda dia keras, tua pula dah berbau wangi tetapi kena peram dahulu sebab kalau dimakan juga alamat berkerutlah muka sebab kelatnya mashaallah.  Haa..kalau dah masak bila dipicit kulitnya akan membenam ke isi kerana isinya dah lembut.  Jangan tak tahu buah ni ada 2 jenis, jenis masam dan manis.  Kalau jenis masam selalunya dibuat jeruk,  sedap dimakan dengan belacan bakar,  patah cili api...alamak air liur dah banyak..gluurpp..

Buah Asam Jawa Hutan @ Buah Keranji

Mama memang panggil buah ni buah asam jawa hutan tetapi buah ni memang popular kat negeri kelantan.  Mereka panggil buah keranji.  Mama tak pernah tengok pokok dia tapi pernah makan,  itupun sebab kawan beri masa sekolah rendah dulu.  Isinya seperti kapas,  masam masam manis,  rasanya seperti asam jawa madu, kulitnya pula nipis dan mudah dipecahkan.  Bijinya seperti biji asam jawa.

Buah Perah

Siapa yang rajin ke hutan jer boleh jumpa buah ni.  Bang Nandak mama pernah bawa balik buah ni.  Mak selalunya rebus pastu gulai dengan ikan masak lemak pedas.  Sedap juga rasanya,  seperti rasa biji nangka rebus.  Eehh..korang pernah makan ker biji nangka rebus..?  Haa..jangan tak tahu biji nangka, biji cempedak, biji durian kami tak pernah buang sebab boleh direbus dan jadi hidangan jajan kami.  Biji nangka dan biji cempedak boleh juga dibuat gulai.  Tapi sekarang tak buat dah sebab dah tua tua ni kena jaga makan,  takut perut kembung..


Buah Cemponek

Ni pulak buah cemponek.  Buah dia kecil jer..sebesar penumbuk dan panjang sedikit.  Isinya seperti buah cempedak masak.  Rasanya masam masam manis dan ada biji juga.  Masa kecil dulu jarang merasa buah ni..mungkin monyet kat dalam hutan dah sapu dulu..

Buah Cepu

Orang Negeri Sembilan kalau tak kenal buah ni lekuk jer kepala dia.  Buah ni memang kegemaran orang Negeri untuk dicampur ke dalam gulai lemak cili api bersama ikan, udang atau daging salai.  Gambar di atas buahnya dah masak ranum,  boleh dimakan begitu sahaja,  sedikit bergetah tetapi manis manis lemak. Untuk buat gulai kena ambil yang muda dan masih hijau. Sensasi rasa masamnya amat melazatkan masakan terebut.  Kalau tengok pokok dia sangat tinggi dan kelihatan seperti pokok manggis dan cepu itu sendiri seperti manggis cuma size dan warnanya sahaja berbeza.  Kelihatan seperti tomato pun ada.  Buahnya sebesar duit 50 sen dan berwarna kuning oren bila dah masak ranum.  

Buah Nam Nam

Selepas kahwin dengan hubby barulah mama mengenali buah Nam Nam.  Orang tua tua kata bagus untuk mereka yang mengalami penyakit darah tinggi, high kolesterol dan kencing manis.  Rasa dia kelat, lemak, masam dan sedikit manis..

Buah Tampoi

Buah exotic yang mudah kita jumpa terjual di kedai kedai tepi jalan terutama sebelah Melaka dan Rembau.  Lemak lemak manis,  rasanya tersendiri,  kadang kadang isinya tebal,  kadang kadang nipis...nasib nasiblah..memang sedap...

Alhamdulillah akhirnya dapat juga mama selesaikan artikel mama ni.  Ini sahaja yang dapat mama persembahkan sebab hanya buah buahan ini jer yang mama pernah makan.  Kalau tiada buah buahan yang kamu pernah makan...sila laa kongsi kongsi dengan kami di sini...ampun maaf sekiranya ada bahasa yang kurang enak dan tidak berapa betul nahunya tetapi memang beginilah mama...jumpa lagi...



4 comments:


  1. Outdoor activities often led to emergency situations. Lost, bad weather hampered, or run out of stock.
    taruhan judi togel sgp terpercaya

    ReplyDelete
  2. Welcome to my website "
    Ingin Dapat Penghasilan Tambahan Yuk Join Di Situs Liga Bintang dan raih kemenangan besar hanya modal ribuan saja,capek kalah mulu main slot tunggu apalagi? yuk main dan dengan 1 ID bisa mainkan semua game dan pastinya aman & Terpecaya,
    Instagram : ligabintang.id


    PROMO Yang berlaku Di WWW.PARLAYBINTANG.ORG :

    - Bonus Deposit Setiap Hari 10%
    - Bonus Cashback Mingguan Di Sportbook 5% - 15%
    - Bonus Cashback Slot MIngguan 5%
    - Bonus Refrensi Mingguan Di Permainan Sportbook 2,5%
    - Bonus Rollingan Mingguan Sportbook Refferal 0,1%
    - Bonus Rollingan Poker 0.2%
    - Diskon Togel :
    ---- Discount 4D : 66.00% ,
    ---- Discount 3D : 59.5.00% ,
    ---- Discount 2D : 29.5.00%
    - Kombinasi = 5%
    - Shio = 12%
    - Colok Angka (1A) = 5%
    - Colok Macau (2A) = 15%
    - Colok Naga (3A) = 15%
    - Colok Jitu = 8%

    Silakan Bossku^^

    Info Untuk Pendaftaran Dan Info Lebih Lanjut
    Silahkan Add WHATSAPP Kami Yah
    WA :+62 821 3257 3276
    WA :+62 813 1172 4975

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢
    💐 Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ReplyDelete