Monday, 24 October 2011

DERMA ORGAN..SANGGUP KERR..?

Assalamualaikum semua..

Menderma organ adalah satu perkara yang mulia.  Tentu kita akan mendapat balasan yang setimpal dengan kemurahan hati kita.  Dah mendaftar sebagai penderma organ..?  Tentu boleh kira dengan jari pada yang kata sudah dan yang lain terkebil kebil tak tahu nak jawab apa...alkisahnya termasuklah mama.  Bukan mama kedekut dengan organ organ yang ada pada mama ini  (segalanya hak Allah), tapi mama takut lerr..

Mama takda niat nak hasut kau orang.  Ini pandangan  ikhlas dari hati mama yang kurang ilmu di dada dan kurang keberanian untuk menampil diri sebagai penderma organ.  Kalau bab derma hati, buah pinggang, darah dan sebagainya yang dibolehkan menderma semasa hidup kira ok juga (berani kerr..?),  ini kes derma selepas meninggal dunia.

Dikatakan selepas nyawa kita diambil sakitnya akan terasa sehingga kita masuk ke dalam liang kubur.  Itu sebabnya tok tok guru kata nak urus mayat kena hati hati,  kena lemah lembut, kena sopan santun supaya kita tidak menyakiti mayat.  

Fatwa dah dikeluarkan oleh para ulama...diharuskan dan perlu dipatuhi syarat syaratnya...tetapi sanggup kerr..?   Bila tengok dekat pendaftaran penderma organ selepas mati kita boleh kira berapa kerat jer orang islam yang mahu menampilkan diri...memang mereka berani.  Mama tabik spring kat dia orang.  Semoga Allah membalas kesucian hati dan keberanian kalian.

Beberapa pihak merungut sebab orang islam tidak mahu mendaftar sebagai penderma.  Macam mana laa nak berani,  alim ulama yang ghairah keluar fatwa pun belum pi daftar lagi,  mama agak jerr sebab takda siapa yang tampil mengatakan mereka telah mendaftar sebagai penderma.  

Bab ini bukan perkara enteng,  tersangat sensatif terutama kepada orang islam yang percaya kehidupan selepas mati.  Kalau para ulama ini dah mendaftar sepatutnya mereka umumkan..bukanlah niat riak tetapi sebagai ikon..jadi orang islam yang marhain macam mama ni adalah keberanian sedikit untuk menampilkan diri. Kot..?










No comments:

Post a Comment