PIE EPAL GORENG
Entah kenapa kebelakangan ni mama suka sangat nak memasak, mungkin sebab anak anak mama jenis suka makan, lebih lebih lagi anak lelaki mama yang seorang itu. Pertama kali buat semua suka makan, sekejap habis...jadi mama nak syer resepi ni bersama kamu semua...harap kamu suka ya...
Bahan Pastri
Tepung gandum 2 cawan
Garam 1 sudu kecil
Butter sejukkan dulu 1/2 cawan @ * lebih kurang 100 grm
Susu cair @ segar 1/2 cawan
Bahan Inti
Apple hijau 5 biji
Gula 1/2 cawan
Serbuk kayu manis 1 sudu kecil
Tepung jagung 2 sudu besar sebagai pemekat
Cara
- Gaul tepung dengan butter guna hujung jari...masuk susu dan garam, uli tepung sambil memasukkan susu sedikit demi sedikit. Jika adunan lembut dan sedikit liat, jangan tuang habis susu tu ya, kalau terlampau lembik payah juga. Bukan apa..kadang kadang kualiti tepung yang kita gunakan tidak sama. Sejukkan 1 jam di dalam peti sejuk.
- Bahan inti pula, potong epal bentuk kiub, kemudian epal dan gula di masak atas api hingga gula cair , masuk serbuk kayu manis, akhir sekali masuk tepung jagung tadi dan kacau hingga pekat. sejukkan
- Canai tepung 4 segi, isi inti dan tekan tepi dengan garfu, goreng mengunakan api sederhana hingga kuning keemasan.
No comments:
Post a Comment