Assalamualaikum wbkt..
Pertama kali buat Muffin Coklat adalah saat yang Mama tidak akan lupa..nak tahu kenapa..? Sebab Mama main hentam jerr..tapi jadi..lepas tu Mama terus guna resepi ni sampai laa sekarang sebab anak anak suka, anak anak jiran suka, rakan rakan sekolah anak anakpun suka..hehehe...mama pun suka tu sebab badan dah jadi macam Muffin.
Sapa nak tiru resepi boleh tengok kat bawah ni.
Bahan
Tepung 1 1/2 cawan
Baking P 1 sudu kecil
Baking S 1 sudu kecil
(ayak, ketepikan)
Minyak 1 cawan
Gula 1 cawan ( boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis)
Susu cair 1/2 cawan (boleh guna susu tepung 1/2 cawan campur air 1/2 cawan))
Koko 1/2 cawan
Telor 2 biji (mama suka guna Omega sebab kuih tak berbau telor)
(Blendar jer semua sampai kembang)
Paper Cup
Coklat rice (hiasan)
Quaker Oat 1/2 cawan (jika ingin menambah fiber dalam Muffin boleh dicampurkan akhir sekali)
Cara
- Setelah tepung diayak bersama bahan penaik, ketepikan
- Setelah semua diblendar, gaulkan dengan tepung hingga rata. Bagus jika guna whist atau pembancuh kek supaya tekturnya halus. Last sekali masukkan Quaker Oat..jika suka laa, tak masuk pun tak apa.
- Isi dalam Cup, tabur coklat rice, bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau hingga masak. Segalanya bergantung pada oven yang kita guna...oven mama dah berusia lebih 14 tahun tapi masih memberi perkhidmatan yang baik..sayang sangat ngan oven mama ni...rupa dah tak lawa tapi servis masih macam masa dia muda muda.
No comments:
Post a Comment