Monday, 18 March 2013

CARA CUCI DAN MASAK PURE MARIN COLLAGEN

Assalamualaikum wbkt..

Ramai kengkawan mama komen PMC mereka masih berbau kuat terutama yang warna purple tu walaupun dicuci seperti yang diarahkan oleh pembekal mereka.. 

Mama pun rasa macam itu juga.  Tetapi untuk mengurangkan bau dan rasa yang kurang enak, adalah lebih baik dicampurkan dengan sanquick atau Nata De Coco..Insya Allah rasa pelik itu akan hilang.  Tetapi mama masih boleh tahan dengan rasa dan bau pelik itu, caranya.. mama tahan nafas dan sulam dengan air masak selepas menelan PMC..heheh..

Sibuk jer dia orang nak tahu macam mana hasil rebusan PMC mama ni haa.  Mama pun bagi laa, lepas itu mereka kata..eh..takda bau laa..bau pandan laa..tawar laa..

Lepas itu sibuk tanya..macam mana kau buat haa..?

Lalu mama pun bagi ler cara dia..

  1. Cuci PMC dengan air paip sebanyak 6 kali, gonyok gonyok sikit supaya bau sotong itu pergi.. Ada pula bagi tip..lumur dengan limau dahulu..macam kita cuci ikan..Insya Allah bau dia akan berkurangan..
  2. Lepas itu masukkan PMC 100 grm ke dalam besen yang agak agak sebesar pemeluk kita, isi air hingga penuh dan biarkan terendam selama 6 jam..
  3. Toskan air dia, sediakan air masak sejuk sebanyak 2.5 liter.  Masukkan kesemuanya ke dalam periuk dan  masak guna api sederhana..
  4. Untuk mempercepatkan proses masak dia, gunting kecil kecil dan jangan lupa letak daun pandan sebanyak 5 helai ketika merebus PMC..
  5. Kacau selalu..jangan tinggalkan..selama 15 ke 20 minit..PMC akan cair.  Jangan tunggu sampai mengelegak sebab suhu yang terlalu tinggi akan merosakkan khasiat dia..
  6. Tapis jely dia dan simpan di dalam peti ais.  Tahan sebulan jika mengamalkan 3 sudu pagi dan 3 sudu petang..
  7. Sisa PMC jangan dibuang..boleh buat masker muka..buat setiap hari pun takpa..lepas bermasker..muka cekang lain macam..berkilat kilat..bagi yang tiada masalah kulit seperti jerawat, kedut atau kekusaman akan mendapat hasil yang cepat dan optimum..bagi yang bermasalah kena sabar sedikit..kira macam mama laa..kena sabar..sebab kita di dalam proses merawat..bukan magic untuk mendapat hasil yang tiba tiba..yer tak..cewah..pujuk diri gak nih..heheh
Lagi satu..bagi yang ada masalah kulit seperti psoriosis atau excema, pastikan apa yang kita tidak boleh makan..seafood ker..daging ker..ayam ker..kalau tak berpantang..sukar untuk PMC bekerja di dalam sistem badan kita..orang kata payah nak sembuh..






MAMA DAN PURE MARIN COLLAGEN

Assalamualaikum wbkt..

Pejam celik..pejam celik..opss!.. dah lebih sebulan rupanya mama mengamalkan Pure Marin Collagen PMC.  Apa kesan yang mama nikmati erk selepas menggunakan PMC ini.  Hati tak sabar nak cantik, nak tengok kulit jadi putih melepak, gebu macam kuih pau, mantap dan tuing tuing tuing..

gebu seperti pau..

Tetapi... masih belum ada laa..lambat betul penerimaan kat kulit mama ni haa.. cuma yang mama dapat rasa.. kaki mama ni dah boleh melangkah lebih selesa, panjat tangga dan turun tangga lebih pantas dari biasa....tekanan darah 138/190 jadi 118/180..ok gak kan..yang penting sistem badan ada menerima kebaikan daripada PMC ini..Alhamdulillah..InsyaAllah..akan datang..dengan kesabaran memakan PMC pada setiap hari  dan rajin menepek masker kat muka..mana tahu..muka ku menjadi gebu seperti kuih pau dan licin tuing tuing tuing seperti telur di kupas..cewahh..


kulit seperti telor dikupas..gini lerr gamaknya..

Thursday, 14 March 2013

BARBEKU PISANG

Assalamualaikum wbkt..

Semenjak dah pakai Beyond ini, wah banyak betul channel masak..menjejeh jejeh air liur nengok macam macam makanan..macam macam resepi baru yang mudah dan boleh ditiru..selagi halal..tiru tiru..nyum nyum nyum...




Bahan 

Pisang Masak         Susu/Nangka/Montel..atau lain lain
Susu Manis            Suka hati nak jenis apa
Serbuk Kayu Manis  Untuk tabur

Cara

Bakar pisang dengan kulit dia sekali. Sama ada dibakar di atas dapur gas, oven atau di barbeku atas bara arang...lagi syok sebenarnya..sebab ada bau asap..

Balik balikkan supaya isi pisang masak..tanda dah masak..isinya akan terasa lembik bila kita tekan kulitnya..

Belah dua dengan pisau..tuang susu manis sebanyak mana kita rasa berpadanan dengan selera masing masing..

Tabur serbuk kayu manis..ngup ketika masih panas..memang nyum nyum nyum..






MALASNYA MAMA

Assalamualaikum wbkt..

Semoga semua berada di dalam rahmat yang Esa hendaknya..

Entah kenapa...kebelakangan ini mama malas.. malasss sesangat..kenapa aaa..?

Segala galanya...sampai nak makan pun malas, tapi bila dah lapar..makan juga dengan penuh berselera..ish...




Thursday, 28 February 2013

MESYUARAT PIBG KERRR..POLITIK

Assalamualaikum wbkt..

Hampir dua minggu batuk mama ni tak elok elok lagi..nak pergi mana mana pun takda mood..asyik kung kung kung jerr..

Jadi kebanyakan aktiviti terpaksalah En hubby buat sensorang.  Termasuklah aktiviti menghadiri mesyuarat PIBG sekolah.  

Melalui surat jemputan, ibubapa kena hadir pada jam 8.00 pagi dan tidak dinyatakan sehingga pukul berapa.. 

Sampai di sekolah, selepas mendaftar En hubby ambil tempat duduk yang disediakan. Ramai juga ibubapa yang datang untuk memberikan sokongan. Sejam telah berlalu, VIP "ahli politik" yang dinanti masih belum sampai...ramai yang keresahan.

Encik Pengerusi Majlis mula berucap, ucapan alu aluan untuk ibubapa dan tengah tengah berucap..tiba tiba kedengaran bunyi kompang.  Encik Pengerusi Majlis terus bergegas meninggalkan pentas dan tidak kembali untuk masa yang lama.  Ibubapa kembali terpinga pinga akan situasi yang tak berapa nak seronok.. 

Setelah menunggu agak lama, tiba tiba Encik Pengerusi Majlis datang semula membawa VIP tersebut naik ke pentas.  Bermulalaa ucapan lepas seorang, seorang memberi taklimat..termasuklah Guru Besar sendiri.  Al kisahnya tentang politik..bukan cerita tentang sekolah dan perihal anak murid..

Kutuk orang sana, kutuk orang sini, kata orang sana kata pimpinan orang sini..ibubapa mula cuak..jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi, En hubby angkat punggung keluar dari dewan dan lepak kat pintu pagar sekolah.  Rupa rupanya bukan En hubby jer yang keluar, bukan main ramai yang duduk di pintu pagar sekolah sambil berbual bual.  Semua bosan dengan ucapan yang dibentangkan di dewan sekolah tersebut...

Akhirnya En hubby start kereta, jalan balik ke rumah dengan wajah masam mencuka..buang masa..katanya..