Wednesday, 21 March 2012

TIP PUTAR FRESH CREAM

Pertama kali buat,  angin satu badan sebab lenguh dok memegang mesin kek memutar fresh cream yang tak mahu pekat dan kental..

Fresh cream yang bagus dan sesuai untuk deko mestilah kental, gebu dan bila dibalikkan bekasnya dia tak mengalir atau menitik ke bawah.

Terjumpa satu laman blog,  terimakasih Aku.Zack.blogspot.com ..tips kamu sangat membantu.


Rupanya tips nak fresh cream kita mudah kembang diantaranya ;

  1. Lebih bagus jika dapat guna bekas stainless steel @ aluminium  (plastik pun boleh)
  2. Simpan semua peralatan untuk mengembangkan fresh cream seperti bekas, pemutar dan fresh cream selama 10 minit supaya sejuk dan cream mudah kembang dengan suhu sejuk tersebut
  3. Jika fresh cream dari tempat beku,  sila biar dia mencair sepenuhnya dan goncang supaya cream di dalamnya rata.
  4. Hanya putar jumlah yang diperlukan sahaja..sukar untuk putar sekali banyak 
  5. Tak perlu tambah gula sebab dan readymade manis
  6. Sila guna kelajuan minima untuk minit pertama dan dinaikkan kelajuan berperingkat hingga maksima
  7. Krim akan menjadi kental pada minit ke 4 atau ke 5,  seandainya terlebih pukul krim akan menjadi cair kembali,  di sinilah kita perlu berhati hati
  8. Krim yang telah dipukul boleh diwarnakan dengan pewarna cecair tetapi dalam jumlah yang sedikit takut akan menganggu kekentalan krim.  Warna akan menjadi cantik bila disimpan di dalam peti sejuk untuk beberapa jam.
  9. Krim yang telah kembang boleh disimpan di dalam peti ais bahagian bawah manakala krim yang berlebihan di dalam kotak yang telah dibuka hendaklah disimpan di dalam tupperware dan diletakkan di tempat beku.
Itu jer yang dapat mama kongsi buat masa ini..tk


Saturday, 17 March 2012

PENGANTIN BERSANGGUL LINTANG

Seronok sungguh hari ini sebab dapat entry banyak artikel,  dah lama sarat di dalam kepala baru hari ini ada kesempatan nak syer dengan kau orang.  Terima kasih kerana singgah di halaman mama yang tak seberapanya ni..uhukk...

Seronok bila tengok Pageview meningkat maknanya adalaa orang singgah baca walau tak ramai follower..huhuuu...wuaaa

Tentu ada dikalangan kau orang yang tak pernah jumpa pengantin bersanggul melintang yang tingginya hampir 5 tingkat..idak lerr macam rumah pangsa tuu..5 tingkat siput panjang yang ditindihkan atas kepala dan disusun dengan pelbagai bunga sanggul..

Sekarang ni mana nak adanya almaklumlaa ramai wanita kita dah bertudung (mereka dah tahu haram memakai sanggul palsu) jadi susah nak jumpa wanita yang nak pakai sanggul yang berat ni...

Kalau nak tahu masa kecil dahulu,  time tu pengantin masih mengunakan sanggul lintang ni semasa majlis bersanding di malam hari..Sejak petang mak andam bertungkus lumus menyiapkan pengantin,  kadang kadang mama perhatikan solat maghrib pun tak buat,  tapi masa tu mama kanak kanak mana nak kesah..dari mula sampai siap terponggok depan pengantin dengan mak andam kat dalam bilik..asyik sungguh..

Kalau pengantin tu berambut panjang mudah laa mak andam nak menyangul lintangkan dia.  Mula mula dia tarik rambut untuk lilit kat siput palsu pertama yang panjangnya hampir 10 inci dengan ukur lilit siput sebesar duit 50 sen.  Satu tingkat sanggul bermakna sebaris sanggul hiasan dicucuk, siap satu tingkat,  ditambah tingkat kedua sehingga tingkat 5...Bukan main seksa pengantin nak menahan berat,  bergoyang goyang kepala mereka,  terik sungguh rambut ditarik.  Kesian juga mama tengok...

Bila dipasangkan baju  songket dan pelbagai hiasan...dah macam bidadari pula nampaknya,  bukan main cantik dan berseri seri...

macam ini laa lebih kurang...tapi pengantin dahulu lagi banyak hiasannya

bukan hadapan jerr di hias,  belakang juga tak ketinggalan,  memang takda ruang bernafas kepala tu...
lelaki ringan jerr hiasan dia kan..

antara hiasan sanggul lintang..kau orang sanggup kerr...?
walau bertudung masih mengenakan sanggul melintang..uiiii..beratnyerr..



















PUDING SAGU PENYEJUK TEKAK

Dah seminggu sagu mata ikan pemberian jiran sebelah tak diusik usik.  Bukan malas tetapi tersangat sibuk dengan kenduri sana sini dan aktiviti harian bersama suami dan anak anak...adakala tak terlintas nak masukkan dia di dalam menu sebab pizza homemade lebih memikat hati untuk hidangan di petang hari..

Akhirnya mama olah juga si sagu mata ikan supaya dia tak berkecil hati..hehehe

pinjam gambar

Bahan Sagu

Sagu Mata Ikan                 1 cawan  (guna sagu berwarna jika nak colour colour)
Air                                     4 cawan

  1. Masak air sampai mendidih,  masuk sagu mata ikan yang telah dibasuh dan direndam sekejap.  Kacau sampai sagu jadi jernih.  Angkat dan isi di dalam tapis dan siram dengan air paip untuk membersihkan kanji yang berlebihan..hasilnya hanya kanji biji jer yang tinggal tanpa lebihan kanji yang berlendir lendir tu..
  2. Setelah ditoskan kita scop masuk dalam bekas ais krim atau bekas jelly.


Bahan Kuah

Santan                           sebiji kelapa  @ susu cair @ segar UHT pun boleh jadi takda lemak tepu
Gula Melaka                  1 biji @ Enau 2 keping dicairkan
Daun Pandan                 sehelai
Garam                           secubit


Masak guna api perlahan dan sentiasa dikacau.  Kalau boleh masa perah santan guna air masak jadi tak perlu kita masak lama takut santan pecah minyak.  Nak selamat guna susu cair jer, sedap dan menyelerakan..
















BUAH KERANJI

Teringat dengan lagu masa kecil kecil dulu suka nyanyi..


"Sorong papan tarik papan,  Buah Keranji atas peti,  Suruh makan dia makan,  Suruh Mengaji dia lariii..."
Camtu laa lirik dia..hehehe..

Time tu tak tahu pulak macam mana rupa Buah Keranji,  dah tua ni baru kenal sebab ada seorang sahabat dari Kelantan yang baru balik telah memberi buah tangan berupa buah yang pernah mama makan masa kecil kecil dahulu tetapi mama panggil buah asam jawa sebab rasanya macam rasa buah asam jawa madu.  Dia kata nilaa buah keranji..oooo..baru tahu...


buahnya sebesar hujung jari kelingking dewasa, kulit dia nipis jer,  nak makan kena pecah kulit untuk menikmati isinya yang nipis dan lembut macam kapas,  biji kena buang lepas kicap kicap isinya yang masam dan manis itu..
 






MENTARANG

Kau orang pernah tengok Mentarang tak..?

mentarang
Adik ipar mama laa yang kenalkan Mentarang ni,  masa tu dia duduk kat Perak.  Masa dia balik ke kampung,  ada laa kawan dia bagi Mentarang ni,  tapi dia tak tahu nak masak macam mana..

Masa tu mama tak pantang makan jadi mama belasah jerr makanan laut ni,  alaa lebih kurang macam kepah juga.  Tapi isi dia besar sebab mengandungi banyak cecair di dalamnya..Kulit dia nipis dan masa adik bagi tu kulit dia dah pecah pecah jadi mama kopek jer ambil isi dia dan buat goreng cili api.  Semua orang tak selera nak makan bila melihat rupa dia tetapi mama okey jerr,  yo yo oo makan dengan hubby.  Sedap juga,  macam rasa isi kepah..