Friday, 5 September 2014

PELBAGAI PETUA

Assalamualaikum wbkt..

Saja mama share petua kat bawah ni..kot kot berguna..

Agaknya tukang bagi petua ni orang dari seberang..terima kasih lerr kat dia yee..


15 KIAT PRAKTIS SEHARI-HARI ::

1. Saat makan pedas, terasa pedas sekali? Taruh garam dapur dalam mulut, tahan sebentar terus buang dan kumur. Maka rasa pedas langsung hilang.


2. Gigi kuning? Kunyah-kunyah kacang tanah dan tahan bentar, terus gosok gigi selama 3 menit, akan terlihat dampaknya.

3.Kalau ada luka kecil, terbakar atau luka kena air atau minyak panas, usap dengan pasta gigi, langsung pendarahan berhenti dan sakit reda.

4. Gelas ada bekas teh yang susah hilang? Lap dengan pasta gigi biarkan sesaat, sikat dan bilas.

5. Saat tetes obat mata, mulut agak terbuka sedikit, maka mata pun lebih gampang terbuka.

6. Mulut terluka atau sariawan, pakai tablet vitamin C tempel di luka, setelah mencair, prinsipnya luka sudah sembuh. Jika agak parah, tambahkan dengan vitamin B2.

7. Mata kemasukan debu? Pejamkan mata dan batuk dengan kuat, debu akan keluar sendirinya.

8. Setelah cuci muka, jari tempeli garam halus, terus pelan-pelan pijati kedua sisi hidung, maka komedo dan kotoran hitam di pori-pori akan hilang, dan pori-pori akan mengecil.

9. Jika baru saja digigit nyamuk, segera oles dengan sabun, gatal akan hilang. Untuk menghilangkan bekasnya, oleskan minyak kayu putih atau minya telon.

10. Saat tenggorokan sakit, radang gusi. Pada malam hari makan semangka potong kecil-kecil bersama sedikit garam, pada saat itu keadaan akan membaik dan keesokan harinya bisa dikatakan sudah sembuh.

11. Pakai hair dryer untuk meniup label sticker yg susah dilepas, saat lem sticker sudah panas, maka akan dengan mudah dilepas.

12.Saat bepergian, jika takut baju tertindih kusut, setiap helai baju sebaiknya digulung saja.

13. Lelah karena sendawa tidak berhenti-berhenti juga? Minum sedikit cuka, akan langsung hilang sendawanya.

14. Jika mengonsumsi makanan berbau seperti bawang putih, petai dan lain-lain, makanlah beberapa butir kacang goreng. Bau pun akan segera hilang.

15. Untuk menyembuhkan batuk, terutama batuk kering. Malam sebelum tidur, goreng telur dengan minyak wijen yang agak banyakan, tidak perlu tambahan bahan lain, makan saat panas, makan beberapa hari, akan segera terlihat efeknya.

Friday, 29 August 2014

PELAJAR SEKOLAH RENDAH DAN 30 SEN

Assalamualaikum wbkt..

Terpana apabila membaca kisah ini di halaman FB menyebabkan mama nak kongsi dengan semua yang sudi singgah di laman blog akumama.

Sangat menyentuh perasaan dan terasa keinsafannya..

KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA ....
 
Cikgu : Kenapa Amin tak rehat? 

Amin: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu ... kat kantin 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa . 
Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen. Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu) 

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya .
Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ? Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Amin dgn bersahaja. 

"Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.." 

Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg.. 

Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan.

Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..

‪#‎SHARE‬ lah eh. .mungkin cerita nie nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah ....

Cam gitulaa kisahnya..



Monday, 25 August 2014

JILBAB ATAU JILBOOBS OPPS

Assalamualaikum wbkt..

Wah..sekarang ni makin ramai kaum wanita kita nak bertudung.  Katanya nak jadi muslimah sejati dan memenuhi tuntutan agama suruh mereka bertudung.  Lagi pun sekarang ni ramai kaum lelaki nak cari isteri yang bertudung... jadi ramailah kaum wanita kita bertudung tanpa mengkaji bertudung yang bagaimana dituntut oleh syarak..

Disebabkan kerana ikut ikutan atau atas sebab sebab tertentu yang tidak kita tahu, maka lahirlah fesyen fesyen yang sangat pelik dan menyakitkan mata.  Bukan sahaja kepala dah macam bonggol unta, tudung terapung mahal gila tapi tak sampai ke dada, pakaian ketat sendad..mak aii..kaum adam minta nyawa..perghh..



Tentu kita perasan dengan trend sekarang, mereka gelar fesyen ni..Jilboobs. Maksudnya tayang buntut..tayang dada yang bulat padat...

ADAKAH ANDA BERPAKAIAN BEGINI..?
HINDARKAN DAN HENTIKAN KERANA PAKAIAN INI ADALAH SESAT DAN TIDAK MEMENUHI SYARAK

Pernah satu ketika mama ditanya dengan persoalan.. "apa hukumnya kalau perempuan itu tak berambut atau botak..adakah dia diwajibkan bertudung juga..?..cam gitulaa soalan dari hamba Allah ni..

Mama yang bukan Ustazah ni pun bagilaa jawapan yang mama faham.  Sebenarnya bertudung tidak diwajibkan kepada orang perempuan islam..yang diwajibkan adalah MENUTUP AURAT yakni memakai pakaian yang sempurna dengan menutup keseluruhan tubuh badan dengan pakaian yang longgar, menutup kepala hingga ke paras dada dengan pelbagai tudung yang ada, tidak nipis dan tidak keterlaluan perhiasannya..itulah fahaman mama yang bukan ustazah ni..



Wahai gadis gadis dan wanita wanita di luar sana,  janganlah kita leka dengan bisikan dan hasutan syaitan si durjana.  Selagi nyawa di kandung badan, masih belum terlambat untuk kita mengubah penampilan yang diredhai oleh Allah swt.. Berjilbablah dengan sebenar benarnya seperti yang disarankan di dalam Islam.  Sekurang kurangnya kita telah membantu para wali kita, suami kita, adik beradik lelaki kita dan anak anak lelaki kita dari terjurumus mendapat dosa akibat kesalahan kita berpakaian...

Petikan ayat yang mengingatkan kita tentang menutup aurat..sama sama kita selami..

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: ‘dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup‘); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada:

Suami mereka atau 
Bapa mereka atau
Bapa mertua mereka atau
Anak-anak mereka, atau
Anak-anak tiri mereka atau
Saudara-saudara mereka atau
Anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
Anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
Perempuan-perempuan Islam atau 
Hamba-hamba mereka atau
Orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
Kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan 

Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” – [Surah An Nur: Ayat 31]









































































Saturday, 23 August 2014

CURI MASCARA MANGSA MH17

Assalamualaikum wbkt..

Perempuan kat dalam gambar ni bangga sebab pakai mascara yang didapatinya dari tempat kejadian.  Beliau yang melabelkan dirinya anggota puak pemisah Ukrain telah menaik turun gambarnya berselfi di instagram dengan caption "mascara from Amsterdam, to be precise, from the field". Perbuatan beliau berselfi dan menunjuk nunjuk di instagram telah mendapat kecaman hebat.


View image on Twitter

PERIHAL ALLAHYARHAM AHMAD HAKIMI DARI KACAMATA ISTERINYA

Assalamualaikum wbkt..

Sebenarnya mama copy paste jer story ni..  terharu dan tumpang sedih..



PETALING JAYA: Apabila pulang dari kerja, pembantu juruterbang MH17 yang berusia 29 tahun, Ahmad Hakimi Hanapi, sentiasa tergesa-gesa untuk bermain dengan anak lelakinya yang berusia lapan bulan, Abderrahman.

Dia akan mendukung dan bermain-main dengan anaknya itu, malah menukar lampinnya serta menghabiskan sebanyak masa yang boleh dengan anaknya.

Isterinya, Asmaa Aljuned berkata, Ahmad Hakimi yang juga dikenali sebagai Kimi di kalangan rakan-rakan dan keluarga, merupakan bapa paling penyayang.

Malah, kata-kata terakhir Ahmad Hakimi kepada isterinya sebelum berlepas dengan penerbangan MH17 adalah betapa dia rindukan anak lelakinya yang kini telah berusia sembilan bulan.

"Hakimi sangat rapat dengan Abderrahman dan suka menjaga anaknya. Setiap kali Kimi pulang, dia mahu melakukan tugas menjaga dan menguruskan bayi dan tidak membenarkan saya melakukannya.

"Dia beritahu saya, apabila dia berada di rumah, tugasnya adalah menjaga Abderrahman. Perkara pertama yang Kimi akan lakukan di waktu pagi adalah membawa Abderrahman berjalan-jalan dan menghabiskan masa dengannya," katanya.

"Dia akan menghabiskan banyak bersama keluarga. Apabila Kimi berada di rumah, dia akan sentiasa memegang Abderrahman. Dia tidak akan meletakkan Abderrahman di tempat duduknya atau kereta sorong bayi sebaliknya akan memegang anaknya sepanjang masa," katanya.

Anak ketiga daripada empat adik beradik, Ahmad Hakimi juga seorang anak yang taat terhadap ibu bapa dan memastikan ibu bapanya dijaga dengan baik.

"Dia jenis rapat dan mementingkan ahli keluarga.

"Baginya, masa bersama keluarga adalah keseronokan. Dia akan membawa keluarga berjalan-jalan setiap kali ada peluang," kata Asmaa, sambil menambah Hakimi telah mengambil cuti dua minggu pada bulan Ogos untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Selain keluarganya, Ahmad Hakimi juga meletakkan keutamaan yang tinggi pada agama, kata Asmaa.

"Dia bukan ustaz, tetapi sentiasa mementingkan agama. Dia tidak bercakap perkara-perkara buruk tentang sesiapa dan dia tidak merokok.

"Ramadan kali ini, dia tidak pernah terlepas solat Tarawih di masjid," katanya, sambil menambah Ahmad Hakimi adalah peminat pendakwah Zimbabwe popular Mufti Ismail Menk yang melawat Malaysia baru-baru ini.

"Dia sentiasa mengingatkan saya bahawa kita tidak perlu menjadi seorang ulama atau ustazah, tetapi dalam apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu mendedikasikan diri kita kepada Allah."

Asmaa berkata nasihat terakhir yang diterima daripada suaminya adalah "bersabar, dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar".

Dia menyimpan mesej terakhirnya itu sebagai peringatan dan galakan untuk dia meneruskan hidup.

Satu lagi isu yang amat diambil berat oleh Ahmad Hakimi adalah nasib penduduk di Gaza.

"Satu malam dia melihat lukisan yang menggambarkan anak-anak yatim di Gaza. Apabila dia menunjukkan gambar itu kepada saya, dia memeluk saya dan menangis. Dia tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini.

"Dia berkata, 'Muka macam Abderrahman'. Saya rasa dia takut, membayangkan apa yang akan berlaku jika Abderrahman membesar sebagai anak yatim," kata Asmaa.

Sesiapa sahaja yang berada di tempatnya mungkin mahu membalas dendam atas apa yang menimpa suaminya tetapi Asmaa berkata dia tidak banyak berfikir mengenai hukuman terhadap penyerang yang menembak jatuh MH17.

"Saya tidak mahu memikirkan dia (Ahmad Hakimi) dibunuh atau kejadian itu sebagai satu jenayah. Saya menerima kematian ini sebagai takdir dan ketentuan.

"Allah telah mengambilnya dan ini adalah ujian yang saya perlu lalui," katanya. -mStar