Saturday, 23 August 2014

SALAM TAKZIAH UNTUK SEMUA KELUARGA MANGSA MH17

Assalamualaikum wbkt..

Seluruh negara dapat merasakan kesedihan yang menyelubungi setiap keluarga mangsa tragedi MH17, lebih lebih lagi apabila kembalinya jasad yang kaku dan tidak dapat dilihat atau disentuh... Hanya salam, doa dan hadiah al fatihah yang mampu kita iringkan semoga roh roh yang terpilih ini mendapat keredhaaan Allah swt...

Sebak hati mama bila melihat klip klip gambar yang dikongsikan di halaman maya yang tiada sempadan... diantaranya ialah;


Kelihatan anak kepada Allahyarhamah Mastura Mustafa merintih di samping keranda di mana jenazah ibunya diletakkan.  Besar hajatnya untuk menatap dan mencium pipi ibunya buat kali terakhir, tapi apakan daya..



Siapalah yang tahu bagaimana hibanya hati ibu kepada Allahyarham Ahmad Hakimi apabila menyentuh keranda jenazah anaknya. Demi Allah, ibu ini redha dengan ketentuan yang menimpa mereka sekeluarga. Namun ahli keluarga bersyukur kerana jenazah beliau sempurna.


Gambar dalam bulatan adalah Allahyarhamah Hamfazlin Sham. Beliau di kebumikan di Gombak. Keluarganya mengatakan sebelum kapal terbang tersebut berlepas, salah seorang penumpang telah menaik turun menerusi laman sosial instagram gambar suasana di dalam kapal tersebut dan kelihatan kelibat arwah selama 15 saat.  Gambar video tersebut menjadi tatapan dan kenangan terakhir untuk keluarga.

Selainnya boleh cari sendiri yerr... 


“Biarpun tragedi ini (nahas MH17) luar biasa, Allah SWT sudah menjanjikan sebaik-baik ganjaran kepada seseorang yang meninggal dunia melalui cara luar biasa seperti tenggelam, terbakar dan sebagainya,”... ucapan dari  Dr Hanapi Mohd Noor bapa kepada Allahyarham  Ahmad Hakimi.









































Friday, 8 August 2014

BOIKOT MEMANG EFEKTIF

Siapa kata BOIKOT TIDAK EFEKTIF?

Saya tidak pandai dan kurang faham politik. Sebab itu di facebook saya tak pernah pun menulis apa2 perihal politik. Tetapi, saya amat tahu dan faham mengenai perniagaan melalui pengalaman 14 tahun dalam bidang perniagaan dan juga konsultan/speaker kepada beberapa perniagaan besar dalam dan luar negara.

Izinkan saya mengambil masa 2 minit daripada anda untuk jelaskan bagaimana usaha boikot perniagaan-perniagaan yang membantu Zionis telah memberi impak teruk kepada mereka dan apa yang kita sebagai pejuang Islam perlu lakukan untuk terus membantu.

Baru-baru ini, dilaporkan, dua jenama gergasi dunia mengalami kejatuhan di pasaran saham dunia akibat boikot, iaitu syarikat Coca Cola dan juga Mc Donalds. CNN melaporkan (satu lagi yang perlu boikot), kejatuhan nilai dua perniagaan tersebut adalah akibat orang ramai serata dunia memboikot dua syarikat tersebut.

Di sini, perlu saya fahamkan anda, apa yang terjadi.

Sebenarnya, untuk sesebuah syarikat besar mengalami kerugian yang banyak, tidak memerlukan 100% orang boikot. Tidak juga memerlukan 50% pengguna berhenti menggunakan produk mereka. Memadai untuk sebuah syarikat besar jatuh keuntungan mereka sebanyak 10% sahaja, sudah memadai untuk memberi impak yang besar kepada organisasi. Inilah yang terjadi pada dua syarikat Coca Cola dan McDonalds.

Hakikatnya, boikot produk-produk Israel (Coke dan McD bukan produk Israel) dan juga produk yang menyokong Israel (Coke dan McD tergolong dalam yang ini), telah bermula bertahun-tahun lamanya. Sejak 2009, beberapa pasaraya besar Eropah telah mula menghentikan pengambilan stok produk-produk Israel.

Cuma sejak kebelakangan ini, isu boikot telah menjadi tumpuan pengguna dan orang ramai oleh kerana penyebaran mesej boikot melalui media sosial seperti Facbook ini.

Negara seperti Turki baru-baru ini telah menghentikan pengambilan Coca Cola untuk rak-rak kedai/pasaraya. Begitu juga hotel-hotel di India telah mula menghenti pengambilan Coca Cola di premis mereka. Pelanggan di restoran francais McDonald juga terdapat pengurangan. Mungkin dilihat tidak banyak, tetapi seperti yang dikatakan, pengurangan untung 10% akan memberi impak kepada organisasi.

Di Malaysia Persatuan Pengguna-Pengguna Islam telah menekankan 4 produk yang perlu di boikot, iaitu McDonalds, Coca Cola, Starbucks dan Colgate. Walaupun banyak lagi produk yang membantu Zionis, 4 ini diberi penekanan untuk boikot secara strategik.

Adakah dengan boikot perniagaan seperti Coca Cola, Mc Donalds, Colgate, Starbucks dan lain-lain akan menghentikan peperangan Gaza?

Jawapannya mungkin tidak. Wallahualam.

Tetapi, yang nyata, usaha boikot memberi impak kepada perniagaan-perniagaan yang membantu Zionist. Usaha boikot menjatuhkan nilai mereka di pasaran saham dan juga nilai mereka di mata insan-insan perihatin. Usaha boikot akan menjauhkan syarikat-syarikat lain dalam menjalinkan hubungan dengan regim Zionis dalam membantu mereka.

Dan inilah yang terjadi kini. Alhamudlillah, kemenangan kepada kita.

Sememangnya, untuk lakukan boikot 100% diakui adalah agak sukar. Mungkin anda sedang membaca nukilan saya ini menggunakan PC yang dikuasai Pentium? Atau di pejabat anda menjalankan tugas menggunakan Pentium? Intel juga adalah antara penyumbang terbesar Zionis. Mungkin juga antara sahabat atau keluarga kita masih merokok? Masih minum Milo? masih makan Maggie? Juga memyumbang ke arah Zionis.

Tetapi, sekiranya tidak boleh 100%, kurangkanlah 50%. Sekiranya tidak mampu 50%, kurangkan lah 10%. Ingat, kejatuhan keuntungan perniagaan dan jenama besar 10% akan memberi impak kerugian yang besar kepada organisasi tersebut.

Sekurang-kurangnya, usaha meninggalkan produk yang membantu Zionis yang sedikit itu, mampu memberi penangan yang besar kepada syarikat-syarikat yang membantu Zionis dan menjauhkan hubungan syarikat-syarikat lain dikaitkan dengan mereka seperti banyak syarikat kini.

Dan walaupun mungkin Zionist melihat kemenangan mereka dalam membunuh beribu rakyat, kanak-kanak dan ibu palestine serta mengambil tanah mereka, ia merupakan kemenangan yang kosong yang tidak mendapat restu dan dikeji satu dunia melalui usaha boikot kita.

Teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh ustaz saya satu ketika dulu di zaman Nabi Ibrahim, yang dibakar oleh kaumnya. Seekor burung cuba memadam api tersebut menggunakan air yang dikendong di dalam paruhnya berulang alik. Walaupun gagal memadamkan api tersebut, tetapi apabila ditanya, jawabnya, ia berusaha juga - walaupun sedikit demi Islam.

-Irfan Khairi, Kuala Lumpur

Hadith riwayat Ibn Hatim, dari A’isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :”Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim…”


Mama share dari seorang Hamba Allah..


GUANO MU..KATO NAK BOIKOT..

Assalamualaikum wbkt..

Biarlah gambar ni jer yang berbicara perihal bangsa kita yang ada hati nak boikot barang yahudi...

Mereka ni baru jer lepas laungkan boikot barang yahudi..bila dah selesai..mereka pi serbu air ni..haus tu jerit jerit boikot..boikot..boikot...kui kui..



MARI TANGKAP NYAMUK

Assalamualaikum wbkt..

Mama dapat dari rakan facebook,  harap harap beri manfaat kepada semua..al maklumlaa sekarang ni musim nyamuk beranak pinak..semoga kita dihindari dari demam denggi..


CARA BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN SENANG. 

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .







SALAM AIDIL FITRI 2014


Assalamualaikum wbkt...

Tu dia..seronok sambut raya..?  Alhamdulillah..rezeki kita kat bumi bertuah ini..mama ambil kesempatan mohon maaf seandainya ada artikel mama kat sini yang sedikit sebanyak menganggu emosi..kosong kosong yerr..



Kepada saudara saudara kita di luar sana yang berdepan dengan pelbagai dugaan yang sangat besar, kita doakan semoga mereka tabah, berani, kuat dan percaya dengan imbalan yang Allah swt janjikan kepada mereka yang sabar...  Doa dari kami untuk anda semua..