Assalamualaikum wbkt..
Kali ini mama nak kongsi resepi sambal goreng istimewa, bukan sahaja sedap malah tahan berminggu. Sangat dianjurkan kepada sesiapa yang masih belajar dan duduk makan pakai guna duit sendiri..kira boleh jimat duit laa..maklumlaa pelajar mana laa ada duit income..harap mak ayah yang kasi..
Tiap kali balik rumah minta laa mak masakkan atau diri sendiri turun padang untuk buat bekalan stok lauk "sambal goreng" sepanjang berada di perantauan..
| boleh juga dicampur dengan kacang tanah goreng..meletop |
Bahan bahan
Cili Kering 250 grm
Bawang Ros 1 kg (bawang besar pun boleh tapi lama nak kering)
Bawang Putih 2 biji labu
Ikan Bilis 1/2 kg
bahan ikut suka berapa nak letak;
Garam
Gula
Asam Keping
Cara
- Goreng ikan bilis hingga garing, ketepikan
- Blander cili kering bersama bawang ros dan bawang putih. Boleh juga digantikan dengan bawang besar tetapi lambat laa nak tunggu sambal menjadi garing..lagi satu bawang ros memberi rasa yang sangat istimewa kepada sambal goreng tersebut..
- Panaskan minyak, tumis cili dan bawang tadi hingga kering dan masukkan gula, garam dan asam keping tadi.. dan kacau sehingga sambal menjadi garing..barulaa dimasukkan ikan bilis tadi..
- Gaul rata dan tutup api..sejukkan. Baru simpan dalam bekas kedap udara untuk mempertahankan kerangupan ikan bilis tersebut..
Haa..lepas ni modalkan duit untuk masak nasi atau nasi putih jerr...layan dengan ulam berbeza pada setiap hari, seperti dengan timun, tomato, ceylon, penganga, kubis atau dia aje..masih berkhasiat kan...takda laa nak melantak maggi hari hari..boleh gugur rambut..
Sebenarnya bukan untuk pelajar jer..kaum ibu yang sibuk bekerja juga digalakkan untuk membuatnya dan simpan kat rumah...bila suami dan anak anak lapar..pandai pandailaa dia orang nak masak nasi, goreng telor..tak pun layan dengan roti..sedap amat..
