Thursday, 27 June 2013

NESTY FRUITY CHEESE PUDING

Assalamualaikum wbkt...

Terliur betul nengok gambar makanan ni kat Facebook mama,  tak boleh betul mata ni takkala melihat buah buahan berwarna warni bertaburan dalam bekas kaca...nak buat laa juga..sebelum itu kena simpan resepi kat sini...takut terlupa.  Pada empunya resepi....mama copy paste yerr..semoga Allah swt membalas jasamu kerana berkongsi ilmu..aaminnn...

tidak kah kelihatan menyelerakan
Jom lihat macam mana resepi nak buat dessert yang menyelerakan ini..


BAHAN A (1 adunan)

300 g Butter
2 cawan nestum


1. Masukkan butter kedalam periuk dan cairkan diatas api.

2. Masuk kan nestum dan goreng sehingga GARING dan wangi.

3. Masukkan dalam mangkuk kaca dan tekan sehingga padat

4. Simpan dalam peti ais selama 3 jam supaya keras


BAHAN B

1 tin susu pekat F&N
1 tin susu cair
1/2 tin air biasa (sukatan tin susu diatas)
60 gram serbuk 'Puding jenama NONA'


BAHAN C

250g cream cheese Fhiladelphia
7 biji limau kasturi (perah air nya)
1 tin fruit cocktail (Tapis dan ambil buah nya sahaja)


Cara-Cara Memasak Puding:-

1. Masukkan bahan B kedalam periuk dan masak sehingga serbuk puding larut.

2. Putar creame cheese ~ 5-7 minit

3. Masukkan adunan puding yang telah larut dan jus limau ke dalam adunan cheese dan putar dengan kelajuan perlahan supaya semua nya bercampur.

4. Tuangkan kedalam mangkuk kaca yang berisi nestum yang telah dikeraskan.

5. Taburkan buah-buahan cocktail diatas nya.

6.Simpan di dalam peti ais selama > 6 jam atau sehingga beku.
















AMINA PESERTA MUSLIM MASTER CHEF AUSTRALIA

Assalamualaikum

Sebenarnya rancangan Master Chef Australia tu tahun lepas punya.  Tapi baru ditayangkan kat Malaysia ni melalui saluran Astro Lifetime.  Gayat lerr kekononnya apabila melihat seorang peserta yang sangat gebu bertudung litup "mengambarkan kemuslimannya" dalam ramai ramai mat mat saleh yang perang merang yang dah tentunya bukan beragama islam..

Tertanya tanya bagaimana agaknya dia nak masak kalau pihak produksi beri tugasan benda benda yang haram disentuh dan dimakan oleh orang islam.  Bila ditanya oleh pihak juri,  dengan selamba dia kata no problem..ermm..

Pernah sekali itu ketika meraikan kemenangan 24 peserta terbaik, mat mat saleh itu telah menyimbah minuman keras ke arah peserta...bagaimana agaknya rasa hati si gadis yang empunya nama Amina ini...uhh...kalau mama..tak sanggup..biarlaa..tak masuk pun tak apa...dapat menangi hati anak anak dan suami dah lerr...

Amina yang gebu
Biodata Amina

Bapanya berbangsa arab Mesir dan emak dia berbangsa Korea.  Berumur 28 tahun dan bertugas sebagai seorang Jururawat Paediatric sebelum menyertai Master Chef.  Sekarang ni tak tahu laa dia buat apa... sebab Master Chef Australia musim 2012 dah tamat dan pemenangnya adalah Andy Allen...heheh...keputusan bocor...





Andy Allen si juara 

JEREBU DAH REDA

Alhamdulillah..hujan dah mula turun dua tiga hari ini dan jerebu semakin berkurangan kat kawasan mama.  Kalau tidak bukan main tebal debunya macam kabus kat Cameron Highland, matahari pun tak kelihatan sampai ke petang.

Anak anak pun tak perlu lagi nak bertopeng bagai bila nak ke sekolah.  Hati pun kurang risau takut takut terjangkit  dengan pelbagai penyakit akibat jerebu....

Alhamdulillah...

Tuesday, 28 May 2013

KACANG LUPIN @ TELMIS

Assalamualaikum wbkt..

Kakak mama baru balik dari Mesir.  Banyak betul buah tangan dia, dari hiasan hinggalah makanan...terima kasih ateh ngan bang teh.  Paling pelik ateh mama bawa sejenis kacang.  Katanya kacang Telmis.  Di Mesir kacang ni satu kemestian kepada setiap rumah...

Puas mama google kacang Telmis @ Telmis nut...takde langsung info pasal dia...atas usaha yang sungguh sungguh akhirnya dapat laa mama jumpa info pasal kacang Telmis ini.  Tetapi bukan nama Telmis, sebaliknya Lupin Seed atau Lupin Beans.

sebelum di masak..macam jagung kering, berbentuk empat segi, berwarna putih pucat
Ateh mama rendam selama tiga hari berturut turut.  Kena tukar air setiap hari.  Hari ke tiga, selepas buang air rendaman tadi, rendam pula dengan air panas mengelegak selama semalaman.

Selepas ditos airnya, isi air balik hingga menenggelamkan kacang yang kelihatan semakin kembang dua kali ganda dari size asal di dalam periuk.  Lepas itu kena rebus selama dua jam, letak garam untuk rasa sedikit masin.

Tos dan sejukkan.  Hidangkan dengan perahan asam limau atau dinikmati begitu sahaja.  

Pertama kali rasa macam kelakar jerr...tapi bila dah dua tiga kali macam best laa pulak...tak berhenti mengunyah..oppss..kulitnya tebal jadi mama buang kulit dia...nikmati isinya yang masih kenyal dan lemak..

Nutrition yang ada di dalam kacang lupin;-

Nutrition Facts
Serving Size
1 cup (166.0 g)
Amount Per Serving
Calories
198
Calories from Fat
44
% Daily Value*
Total Fat
4.8g
7%
Saturated Fat
0.6g
3%
Polyunsaturated Fat
1.2g
Monounsaturated Fat
2.0g
Cholesterol
0mg
0%
Sodium
7mg
0%
Total Carbohydrates
16.4g
5%
Dietary Fiber
4.6g
19%
Protein
25.8g
Vitamin A 0%Vitamin C 3%
Calcium 8%Iron 11%
* Based on a 2000 calorie diet

Maknanya bagus untuk orang yang nak berdiet...kaya ngan fiber..






SAMBAL KUININ


sambal kuinin

Assalamualaikum wbkt..

Mama baru balik dari kampung.  Puas betul melantak buah kuinin, dari makan yang muda, yang masak hinggalaa dibuat sambal.  Pergg...sedap giler..tak sedar..perut mama mengah sebab makan macam orang tak hingat...

Terima kasih laa kat akak ipar tersayang yang rajin sangat menumbuk cili dan melenyek isi kuinin yang masak ranum ke dalam lesung batu...baru belajar laa ni..mudah nak membuatnya tetapi sedap tak terkata...

Bahan

Cili Api @ Cili Merah     ikut suka
Buah Kuinin                 ikut suka juga
Garam                        ikut suka juga laa

Cara

Tumbuk cili hingga hancur, campur garam dan isi kuinin yang dihiris nipis.  Lenyek hingga cili meliputi kuinin...siap.