Tuesday, 21 May 2013

EMAKKU KETURUNAN CINA

Assalamualaikum wbkt

Dah lama nak cerita kat sini tapi asyik lupa...hari ini baru teringat dan yang penting ada mood dan masa... kepada anak anak mama... semoga ia menjadi satu cenderahati yang berharga dari mama untuk kamu semua... al kisahnya sejarah keluarga mak kampung (emak mama)...

Diceritakan moyang mama dahulu ada dua orang adik beradik, bernama Isa dan Musa.  Difahamkan mereka berasal dari daerah Kwantung dan ketika meninggalkan Kwantung, keluarga mereka masih ada dan mereka adalah penganut agama Islam.  Mereka datang ke Tanah Melayu pada tahun 1886 dengan menaiki kapal laut dari Negeri China dan mendarat di Kelantan.  

Dari Kelantan mereka berjalan kaki sehingga sampai ke Melaka di daerah Masjid Tanah.  Digambarkan Isa dan Musa ini berambut panjang dan rambut itu ditocangkan...

terbayang ler rupa tok nyang maco cam jet li dalam"wong fei hong"..huhu dengar cerita wong fei hong beragama islam dan berasal dari Kwantung , wallahualam, kemungkinan lerr sebab masa itu daerah itu penduduknya ramai beragama islam

Apa yang lemaunya kat sini, tidak diketahui nama keturunan mereka atau nama bapa mereka.  Agaknya orang dulu dulu tak kisah nak ambil tahu atau si pencerita tak sempat nak bertanya lanjut dari yang lebih tahu...

Mereka berdua sangat rajin bekerja, al maklumlaa..orang cina.  Mereka ambil upah sebagai buruh dan berniaga.  Selepas beberapa tahun kemudian, mereka berdua berkahwin dengan orang tempatan. Isa berkahwin dengan orang darat dan Musa dengan orang laut.  Maksudnya Isa berkahwin dengan orang kampung yang mengerjakan kebun sayur, bersawah padi dan menoreh getah manakala Musa berkahwin dengan anak gadis dari masyarakat nelayan di pengkalan balak.

Melalui Isa dan isteri beliau, lahirlah dua orang anak.  Iaitu Jahit dan Hitam. Melalui Jahit lahirlaa mak kampung dan adik beradik dia.  Hitam tidak diketahui sejarah hidupnya.

Isa tidak sempat melihat anaknya membesar.  Dia meninggal ketika Jahit dan hitam masih kecil.  Apa yang ruginya....anak anaknya tidak sempat nak belajar cakap bahasa cina dengan arwah.... Jahit dibesarkan oleh ibu dan datuk nenek beliau sehingga dewasa... barulaa perasan semasa arwah mak mama masih hidup..lupa nak tanya kisah hidup keluarga bapanya itu..

Musa juga mempunyai keturunan di Pengkalan Balak.  Mereka masih hidup dan  hanya menjengok ketika hari raya jerr...al maklumlaa semua dah berkeluarga dan berhijrah di tempat lain.

Setelah dewasa, Jahit bertemu jodoh dengan Sulong.  Melalui perkahwinan ini mereka dikurniakan tujuh orang anak iaitu Ejang, Aminah, Ahmad, Jaaman, Jaamah, Joyah dan bongsunya Lijah (mak mama).  Selepas Sulong meninggal, Jahit berkahwin dengan Wo Yah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Bahari, Simah dan Salleh.... dengar khabar hanya Bahari yang masih hidup tetapi tidak tahu di mana dia tinggal.

Bila dah mencapai usia yang sesuai untuk berkahwin, Lijah dikahwinkan dengan Md Idris (abah mama) dan dikurniakan sepuluh orang anak iaitu Robiah, Nordin, Hashim, Hassan, Saadiah, Kasiah, Wahid, Umi Kalsom, Rahmat dan bongsunya mamalaa...

Itulaa kisahnya...nak lebih sila baca teks yang mama buat khas untuk keluarga lijah dan md idris..key...

Melalui Pak wo....tengah diusahakan..Insya Allah...aaminn















Wednesday, 8 May 2013

SUASANA PERHIMPUNAN DI KELANA JAYA

Assalamualaikum wbkt..

Bila rakyat bersuara..... Pak Najib dan BN dah tak rasa apa kot...

perhimpunan bantah keputusan pru 13 gambar perhimpunan di stadium kelana jaya 8 mei 2013
















perhimpunan bantah keputusan pru 4 gambar perhimpunan di stadium kelana jaya 8 mei 2013


perhimpunan bantah keputusan pru 13 2 gambar perhimpunan di stadium kelana jaya 8 mei 2013




Tuesday, 7 May 2013

TERIMAKASIH TUAN GURU NIK AZIZ

Assalamualaikum wbkt...

Walaupun belum kembali kepada yang Maha Pencipta, hiba pula rasanya bila Tuan Guru meletakkan jawatan dan menyerahkan tugas sebagai Menteri Besar Kelantan kepada yang lebih muda.. Dato Ahmad Yakob... tahniah kepada beliau, semoga Pas tetap bersatu di bawah naungan yang baru...

Pelbagai tohmahan dihadapi dengan tenang dan sebagai yang berilmu sudah tentu yang menghina akan mendapat kemaafan dari insan yang sentiasa bersederhana di dalam hidupnya ini.  Sudahlah...henti hentikanlah menghina dan menfitnah...Allah swt melihat dan mendengar akan perbuatan kalian...jadilah orang yang beragama dan berTuhan...

----------------------------------------------------

Fakta yang perlu kita kenang berkaitan dengan Tuan Guru Nik Aziz dari kacamata pengikut dan rakyatnya ;

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.

5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

23 tahun ialah tempoh Rasulullah SAW berdakwah...10 tahun di Mekah, 13 tahun di Madinah..akhirnya Baginda diwafatkan oleh Allah SWT meninggalkan asas yang cuku teguh utk diwarisi oleh generasi sahabat....

23 tahun bukan satu tempoh yang sekejap, tetapi tidaklah terlalu lama, cukup untuk membina asas, maka tugas pelapis berikutnya untuk meneruskan perjuangan.. Semoga Allah merahmati setiap pejuang-pejuang yang telah mengerah keringat dan tenaga ke arah memastikan Islam syumul di bumi Malaysia.....




Monday, 6 May 2013

PRU 13

Assalamualaikum wbkt...

Mama mengundi di Kuala Pilah.  Kali ini kira dah tiga kali mama mengundi...tak sabar sabar nak balik mengundi..macam nak balik raya laa pulak...

Paling tak best tangan kena cat..dari sendi tengah jari telunjuk sampai ke bawah kuku, amboi panjangnya cat.  Buruk sudah jariku, lepas tu ada kawan kata cuci dengan Axion, hilang laa dia..katanya.  

Balik jer dari mengundi, terus ke singki.  Ambil paste Axion lupak kat jari tadi, tenyeh tenyeh dengan penuh perasaan.  Tak sampai beberapa minit semua warna cat tanggal dan jari mama kembali bersih.  Maka confuse laa mama dengan kata kata SPR...ermmm..??????

---------------------------------------------------------------

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar walau ada beberapa perkara yang tidak kita ingini berlaku juga..redha dan berserah kepada Allah swt....doa tidak dikabul bukan bermakna Dia tidak mengasihi kita tetapi setiap kurniaanNya adalah untuk kebaikan diri kita tanpa kita sedari....

Tapi pelik gak dengan black out di sana sini semasa proses pengiraan undi dilakukan.

Tahniah BN....bersihkan diri kamu dari segala tuduhan untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang sudah merajuk hati....

Tahniah PR...walau tidak dapat memegang tampuk pemerintahan,  kalian amat diperlukan untuk membentuk sebuah negara yang seimbang, berjuang untuk keadilan rakyat dan pemimpin yang ada tidak alpha dengan tugas yang telah dimandatkan kepada mereka...bukan untuk isi poket sendiri sahaja...

Bersatu hati kembali untuk keamanan Malaysia tercinta...inilah bumi kita, dunia kita dan diri kita...semoga Allah swt mengampuni segala kesalahan kita dan keberkatan menyelubungi negara kita walau ada pelbagai sengketa...



Wednesday, 17 April 2013

OOO..KUIH DANGAI NAMANYA




Assalamualaikum wbkt..

Slow betul mama sekarang kan.. putus idea, malas atau takda masa..semuanya kusalahkan...heheh..

Pernah tengok tak kuih yang serupa seperti gambar di atas..?  Pertama kali mama tengok ketika baru menjejak kaki ke Kuala Lumpur, masa itu Pudu Raya adalah pintu masuk mama untuk ke dunia pencakar langit yang memang serius tak wujud kat kampung..

Rupa dia tak menarik langsung jadi tak pernah beli dengan kehendak diri sendiri.  Cuma pernah rasa sekali, itupun sebab kakak mama yang beli..pertama kali rasa...ermmm...sedap rupanya kuih ini..tapi mama masih tidak membelinya dengan tangan mama sendiri..sebab rupa dia tak cun..heheh..

Sebenarnya...namanya pun mama tak tahu.  Cuma baru baru ini terlihat di halaman FB...oooo....itulah namanya...macam nak buat laa pulak bila dah tahu resepi...nak cuba....




KUIH DANGAI TRADISIONAL

Bahan-bahan : 

3 biji kelapa parut, sebaiknya kelapa yang muda
1 paket tepung pulut (500gm)
Secubit garam
2 sudu gula pasir

Untuk taburan 

Gula putih secukupnya
Gula merah secukupnya (tak guna pun takpa)

Cara-cara : 

1. Gaulkan kelapa parut, tepung pulut, secubit garam dan 2 sudu besar gula.
2. Bahagikan kepada 2 bahagian.
3.Tekan satu bahagian ke dlm loyang yg telah dilengser sedikit minyak masak.
4. Taburkan gula putih dan gula merah secukupnya ikut selera masing-masing.
5. Tuangkan separuh lagi adunan dan tekan padat.
6. Bakar dlm oven pada suhu 175 darjah celcius sehingga agak kekuningan.


tak payah pening pening cari acuan..bakar jer dalam dulang