Wednesday, 3 April 2013

KELUARGA YANG MERESAHKAN HATINYA

Assalamualaikum wbkt

Baru baru ini mama didatangi oleh seorang kawan.  Wajahnya sangat sugul dan tidak ceria seperti selalu.. Mama tanya..kenapa..?.  Pada mula dia tak mahu cerita, katanya cuma masalah keluarga... Biasalah itu kan.. siapalah yang takda masalah keluarga..kalau takda masalah keluarga bukan ler manusia namanya..

Kamipun sembang macam biasa.  Dari hal diri sendiri yang dah semakin gebu dan sembab, hal anak anak yang dah makin membesar dan pandai melawan kata, tub tab tub tab..terbit juga luahan rasa hatinya yang cuba disembunyikan sedari tadi..

Rupa rupanya dia letih dan sedih.  Keletihan dan kesedihan itu adalah gara gara keluarganya tidak mahu mendengar akan kata katanya.  Bukan dia menyuruh keluarganya melakukan perkara yang mungkar kepada agama dan Tuhan, sebaliknya menyuruh melakukan sesuatu yang mendapat redha dan keberkatan dari yang Maha Pencipta...

Katanya lagi.."anak anak sendiri senang nak kita didik dan tegur, tetapi masalah aku adalah suami dan keluarganya...aku dah tegur guna mulut dan  terakhir aku mampu lakukan aku guna diri aku sebagai contoh teladan.aku tahu mereka marah dan meluat dengan aku..tapi sekurangnya aku dah terlepas dari tanggungjawab aku sebagai muslim..dan aku ada jawapan aku di hadapan Nya nanti."  

"aku tutup aurat walau di rumah, aku jaga solat walau di mana aku berada..untuk menunjukkan kepada keluarga aku itulah kewajipan yang perlu dijaga..bab puasa aku tak risau sebab mereka suka berpuasa, tetapi mereka malas nak solat terawih, begitu juga solat jumaat ikut dan jer..mertua aku juga sedang kumpul duit untuk pergi menunaikan rukun ke 5.. peliknya..dia tetap malas solat 5 waktu..ikut suka dia jer, begitu juga dengan semua anak anak dan menantunya yang lain..dan  kesemuanya tidak mahu menjaga aurat di hadapan bukan muhrim..hanya pakai tudung ketika keluar rumah sahaja...bila di rumah..walau ada tetamu bukan muhrim mereka lepas bebas menunjukkan aurat mereka..paling meresahkan, mertua aku pernah berkemban di hadapan seorang kenalan sekampung yang dianggap seperti keluarga sendiri walau tiada pertalian darah walau setitik.."

"aku tahu..aku macam buka aib keluarga aku..tapi aku nak mengadu kat siapa...aku stress laa juga..aku cuma cerita kat kau sorang jerr..agak agak kau ada idea tak macam mana nak selesaikan masalah aku ini.."

Opss..mama terkedu dan tak terkata.  Sebab mama bukan ustazah.  Mama tumpang simpati dengan kawan mama yang sama tembam dan sembab ini.  mama peluk dia dengan erat untuk menenangkan hatinya yang lara..

Mama kata..kau sayang laki kau tak?  Dia kata sayang.  Kalau kau sayang laki kau.. kau kena redha dengan semua dugaan ini.  Mungkin Allah swt nak mengurniakan kau sesuatu yang sangat hebat, janji kau kena sabar dan tidak putus asa untuk menarik mereka kembali ke jalan Allah swt..

Mama kata lagi.."cara kau dah betul dah..tunjuk jer contoh yang baik..segalanya ikhlas kerana Allah.  Doa kena banyak.. selebihnya kita serah kepada Maha Pencipta supaya mereka semua berubah menjadi muslim yang baik....Insya Allah..aaminnn..

Huhu..mama tak reti laa nak beri nasihat kat dia..maklum laa diri sendiri pun masih merangkak untuk menjadi muslimah sejati...kau orang ada sebarang cadangan...







Monday, 18 March 2013

CARA CUCI DAN MASAK PURE MARIN COLLAGEN

Assalamualaikum wbkt..

Ramai kengkawan mama komen PMC mereka masih berbau kuat terutama yang warna purple tu walaupun dicuci seperti yang diarahkan oleh pembekal mereka.. 

Mama pun rasa macam itu juga.  Tetapi untuk mengurangkan bau dan rasa yang kurang enak, adalah lebih baik dicampurkan dengan sanquick atau Nata De Coco..Insya Allah rasa pelik itu akan hilang.  Tetapi mama masih boleh tahan dengan rasa dan bau pelik itu, caranya.. mama tahan nafas dan sulam dengan air masak selepas menelan PMC..heheh..

Sibuk jer dia orang nak tahu macam mana hasil rebusan PMC mama ni haa.  Mama pun bagi laa, lepas itu mereka kata..eh..takda bau laa..bau pandan laa..tawar laa..

Lepas itu sibuk tanya..macam mana kau buat haa..?

Lalu mama pun bagi ler cara dia..

  1. Cuci PMC dengan air paip sebanyak 6 kali, gonyok gonyok sikit supaya bau sotong itu pergi.. Ada pula bagi tip..lumur dengan limau dahulu..macam kita cuci ikan..Insya Allah bau dia akan berkurangan..
  2. Lepas itu masukkan PMC 100 grm ke dalam besen yang agak agak sebesar pemeluk kita, isi air hingga penuh dan biarkan terendam selama 6 jam..
  3. Toskan air dia, sediakan air masak sejuk sebanyak 2.5 liter.  Masukkan kesemuanya ke dalam periuk dan  masak guna api sederhana..
  4. Untuk mempercepatkan proses masak dia, gunting kecil kecil dan jangan lupa letak daun pandan sebanyak 5 helai ketika merebus PMC..
  5. Kacau selalu..jangan tinggalkan..selama 15 ke 20 minit..PMC akan cair.  Jangan tunggu sampai mengelegak sebab suhu yang terlalu tinggi akan merosakkan khasiat dia..
  6. Tapis jely dia dan simpan di dalam peti ais.  Tahan sebulan jika mengamalkan 3 sudu pagi dan 3 sudu petang..
  7. Sisa PMC jangan dibuang..boleh buat masker muka..buat setiap hari pun takpa..lepas bermasker..muka cekang lain macam..berkilat kilat..bagi yang tiada masalah kulit seperti jerawat, kedut atau kekusaman akan mendapat hasil yang cepat dan optimum..bagi yang bermasalah kena sabar sedikit..kira macam mama laa..kena sabar..sebab kita di dalam proses merawat..bukan magic untuk mendapat hasil yang tiba tiba..yer tak..cewah..pujuk diri gak nih..heheh
Lagi satu..bagi yang ada masalah kulit seperti psoriosis atau excema, pastikan apa yang kita tidak boleh makan..seafood ker..daging ker..ayam ker..kalau tak berpantang..sukar untuk PMC bekerja di dalam sistem badan kita..orang kata payah nak sembuh..






MAMA DAN PURE MARIN COLLAGEN

Assalamualaikum wbkt..

Pejam celik..pejam celik..opss!.. dah lebih sebulan rupanya mama mengamalkan Pure Marin Collagen PMC.  Apa kesan yang mama nikmati erk selepas menggunakan PMC ini.  Hati tak sabar nak cantik, nak tengok kulit jadi putih melepak, gebu macam kuih pau, mantap dan tuing tuing tuing..

gebu seperti pau..

Tetapi... masih belum ada laa..lambat betul penerimaan kat kulit mama ni haa.. cuma yang mama dapat rasa.. kaki mama ni dah boleh melangkah lebih selesa, panjat tangga dan turun tangga lebih pantas dari biasa....tekanan darah 138/190 jadi 118/180..ok gak kan..yang penting sistem badan ada menerima kebaikan daripada PMC ini..Alhamdulillah..InsyaAllah..akan datang..dengan kesabaran memakan PMC pada setiap hari  dan rajin menepek masker kat muka..mana tahu..muka ku menjadi gebu seperti kuih pau dan licin tuing tuing tuing seperti telur di kupas..cewahh..


kulit seperti telor dikupas..gini lerr gamaknya..

Thursday, 14 March 2013

BARBEKU PISANG

Assalamualaikum wbkt..

Semenjak dah pakai Beyond ini, wah banyak betul channel masak..menjejeh jejeh air liur nengok macam macam makanan..macam macam resepi baru yang mudah dan boleh ditiru..selagi halal..tiru tiru..nyum nyum nyum...




Bahan 

Pisang Masak         Susu/Nangka/Montel..atau lain lain
Susu Manis            Suka hati nak jenis apa
Serbuk Kayu Manis  Untuk tabur

Cara

Bakar pisang dengan kulit dia sekali. Sama ada dibakar di atas dapur gas, oven atau di barbeku atas bara arang...lagi syok sebenarnya..sebab ada bau asap..

Balik balikkan supaya isi pisang masak..tanda dah masak..isinya akan terasa lembik bila kita tekan kulitnya..

Belah dua dengan pisau..tuang susu manis sebanyak mana kita rasa berpadanan dengan selera masing masing..

Tabur serbuk kayu manis..ngup ketika masih panas..memang nyum nyum nyum..






MALASNYA MAMA

Assalamualaikum wbkt..

Semoga semua berada di dalam rahmat yang Esa hendaknya..

Entah kenapa...kebelakangan ini mama malas.. malasss sesangat..kenapa aaa..?

Segala galanya...sampai nak makan pun malas, tapi bila dah lapar..makan juga dengan penuh berselera..ish...