ASSALAMUALAIKUM WBKT..
ALLAHUAKHBAR..BARU DAPAT BUKA "POST" BLOG MAMA..
MOGA SIHAT SEMUANYA DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT.
"MALU APE BOSSKUU..." 😊
Monday, 4 February 2019
Monday, 12 December 2016
ISTILAH MAIN BACA TAPI TAK TAHU MAKNA
Assalamualaikum wbkt..
Sering kali kita terjumpa istilah saw, swt, as, ra pada penghujung nama Allah dan nama tokoh tokoh di dalam islam. Kita sering baca dan kebanyakan tidak ambil peduli.
Pernah tak kita ambil tahu akan makna singkatan istilah tersebut..?. Kadang kadang ada yang "tersyasyul" sebut Allah swt sebagai Allah Sallallahuwataala yang sebenarnya Subhanallahuwataala..
Jadi kita kena peduli supaya setiap kata kata kita adalah ilmu bukan omong kosong semata ... dan paling tak best dapat dosa kering jerr..
Ada beberapa istilah yang umum digunakan :
1. ra : Radhiallahu anhu / anha / anhum
“Semoga Allah Reda kepadanya (laki-laki / perempuan / mereka) “
Ini digunakan jika kita menyebut nama sahabat Nabi Shallallahu’alaihi wasallam sebagai penghormatan dan pujian kita kepada mereka kerana Allah pun memuji mereka :
2. Rahimahullahu
“Semoga Allah Mengasihinya”
Ini digunakan jika kita menyebut nama orang-orang yang dengan ilmunya menegakkan dan membela kalimatullah, membela Islam dan Sunnah.
3. Almarhum
"Allah Mengasihi Mereka"
Istilah ini umum kepada semua masyarakat kita dan maksudnya itu tidak ada yang tahu memastikan apakah orang yang meninggal ini pasti mendapatkan “rahiim” Allah atau tidak.
3. Hafidzahullah
“Semoga Allah Menjaganya”
Ini digunakan jika kita menyebut nama orang-orang yang dengan ilmunya menegakkan dan membela kalimatullah, membela Islam dan Sunnah dan sampai sekarang mereka masih hidup
4. as : Alaihi salam
"damai padanya"
Selalu digunakan untuk para para Malaikat, Nabi dan Rasul terdahulu
5. saw : Sallallahu Alaihi Wasallam
Disunnahkan untuk menyebutnya selepas menyebut nama Baginda saw
6. swt : Subhanallah Wa Taala
Harap dapat memberi manfaat. Saya pun masih berlajar..terkurang harap maafkan..jika ada lebih ilmu harap berkongsi..jazakallah khairan..
"semoga Allah memberi selawat dan salam kepadanya"
Disunnahkan untuk menyebutnya selepas menyebut nama Baginda saw
6. swt : Subhanallah Wa Taala
"Allah Maha Suci dan Maha Tinggi"
7.Naudzubillahi Mindzalik
Seringkali diucapkan moga Allah melindungi kita dari sebarang bahaya atau bencana seperti mana peristiwa yang menimpa orang lain..7.Naudzubillahi Mindzalik
"Moga dilindungi Allah"
8. Wallahu A'lam
"Hanya Allah yang Tahu"
Hanya Allah sahaja yang tahu akan kebenaran tiap tiap sesuatu"Hanya Allah yang Tahu"
9. Jazakumullah Khairan Khatsiran
"Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan yang banyak"
Atau Jazakallah Khairan sahaja. Seringkali diucapkan untuk mengucapkan terima kasih kepada orang yang berbudi kepada kita..ia juga adalah satu doa..ucapan ini lebih baik dari perkataan terima kasih.."Semoga Allah membalas kamu dengan kebaikan yang banyak"
Harap dapat memberi manfaat. Saya pun masih berlajar..terkurang harap maafkan..jika ada lebih ilmu harap berkongsi..jazakallah khairan..
SAKIT ITU KIFARAH DAN KASIH ALLAH SWT
Lebih setahun rasanya tapi macam baru berlalu dan mama takkan dapat melupakan apa yang mama rasa sepanjang kesihatan mama ditarik seketika. AllhuAkhbar..nikmatnya hidup selama tidak sakit..
Segalanya bermula masa mama dan ahli keluarga pergi ke Uniti PD untuk mendaftar anak yang sulung masuk ke kolej berkenaan. Mama dah siap masak makanan tengahari kononnya nak berkelah di tepi pantai. Khabarnya Uniti dekat dengan laut..kalau dekat dengan laut mesti ada pantai kan.. jadi kami rancang lepas daftar kami nak berkelah di tepi pantai..
Apabila tiba di sana jangankan laut..pantai pun tak kelihatan. Oh rupanya ada tapi pantainya berpagar...semak pulak tu...ish camne nak piknik..
Akhirnya En Hubby kata kita makan kat kedai jerlah. Memandangkan banyak kedai makan di kiri kanan jalan kami pun main pilih secara rambang. Sebuah kedai makan yang agak sederhana dan kelihatan baru menyusun hidangan untuk makan tengahari.
Nampak lauk semuanya masih berasap. Mama pilih gulai lemak putih dan sambal belacan..sikit jer..macam sedap walau pantang nak rasa juga, En Hubby makan gulai siput campur keladi dan anak anak biasalah semua ambil sambal ayam...
Sambil makan hati macam tak sedap jer. Tapi mama buat tak peduli jer. Masa menjamah sambal belacan..rasanya pelik sangat..macam sambal belacan dah basi. Mama diamkan jer..mama tolak sambal tu ke sisi pinggan. Lepastu mama capai seketul siput En Hubby..uwekk..siput dah busuk..lepastu mama telan..kenapakah..sebab orang ramai masa tu..takkan laa mama nak terjeluak depan orang..entah apa apa dalam fikiran mama masa itu..lepastu mama perasan ada seorang tua asyik renung kat mama..kenapakah..? jadi mama buat buatlaa takda apa yang berlaku..
Ketika menghantar anak mama kembali ke kolej, lepas ucap selamat tinggal kami tinggalkan dia buat kali pertama. Perasaan itu tak dapat nak cerita sebab dah lama tapi tipulah kalau tak rasa sedih dan macam kurang sesuatu..
Ketika dalam perjalan balik ke rumah tiba tiba mama rasa gatal tekak dan batuk batuk. Batuk tu pulak diiringi dengan bunyi nafas ter erkk erkk kat dada ni.. sempat lagi gelak gelak dengan anak mama yang kecil sebab dia pun dengar sama bunyi yang lahir dari dada mama...
En Hubby keletihan dan tertidur selepas kami sampai ke rumah. Mama pulak rasa tak sedap badan..letih sangat. Selepas itu En Hubby suruh rasa dahi dia..rupanya dia demam..panas sangat. Mama pon kata kat hubby..mama pun rasa tak sedap badan..
Esoknya En. Hubby kerja pagi dan balik dalam pukul 3 petang. Alhamdulillah demam dia dah okey. Mama kat rumah dah rasa macam nak demam, lalu suruh anak pergi kedai belikan panadol. Selalunya dua biji dah kebah demam. Lepas makan panadol itu panas mama makin turun tapi dua jam kemudian panas balik dan rasa seram sejuk satu badan. Mama makan lagi panadol..begitulah seterusnya..kejap jer elok lepastu demam balik..
Petang tu selepas En Hubby balik kerja dia terus bawa mama pergi ke klinik swasta. Selepas dua hari demam mama makin teruk malah tidak larat nak bangun sebab badan lemah dan kepala sakit berdenyut denyut. Lebih lebih lagi batuk yang kuat hingga menyakitkan perut mama..
Dua hari selepas itu pun mama masih tidak sihat, cakap pun dah merapu rapu sampai minta maaf dengan En Hubby..kot kot mama nak mati..memang tak larat sangat..
En Hubby hantar mama pergi ke klinik kerajaan. Doktor cek suhu badan mama dah lebih 40 darjah..doktor tu terus buat ujian darah dan jantung.. masuk air 2 botol kat klinik tu juga..tapi suhu tak mahu juga turun..rentak jantung tak setabil dan dalam darah ada kuman katanya..
Doktor arahkan mama pergi hospital besar untuk ambil x ray. Pergilah mama ke hospital dan dapatkan x ray. Bukan x ray jer..doktor terus tahan mama masuk wad..dia kata paru paru mama berkabus..
En Hubby resah melihat mama yang dililit macam macam tiup dan wayar. Kat hidung ada bantuan pernafasan..kat tangan ada wayar masuk air..kat mulut ditekup dengan oksigen berubat..tah apa mesin lagi untuk lihat denyutan jantung mama..huu..mama pon resah dan seram..
Mama disorong masuk ke dalam wad ditemani En Hubby dan anak saudara yang sedari tadi sudi menemani. Ketika itu anak anak mama yang dua orang lagi tengah bersekolah..
Dalam wad mama diletakkan dibarisan pesakit pesakit tua. Wad hari itu memang penuh sangat..yang kelakarnya dah laa mama ni berbadan besar..dia letakkan mama dekat katil yang paling tinggi..nak naik kena guna tangga tiga anak mata.. jadi pesakit lain yang baring kat katil masing masing pandang mama mendongak ke atas..adeh..
Selepas seketika seorang doktor lelaki menghampiri mama dan meminta izin untuk ambil darah. Mama hulurkan lengan kiri mama dan sekejap itu...AllahuAkhbarrrr...saakitnyaaa...mama terjerit sebab memang sakit gila..rasa macam kena kat tulang...doktor tu pun terkejut dan meminta maaf..lengan mama yang kena cucuk jarum tadi terus bengkak dan lebam on the spot...rasa nak menangis..dahlaa kita sakit lepas tu tangan sakit..whuaa...menitik air mata mak nak.. lepas tu doktor tu minta izin buat kat tangan kanan dan Alhamdulillah tak sakit macam tadi dan doktor tu dapat ambil satu tiup kecil darah mama..untuk cek kat makmal katanya.. dan bermulalah hari mama didatangi cik ponti cantik datang mengambil darah pagi, tengahari, petang dan malam..sakit weii...lebam lebam tangan ni..
Lepas masuk ubat melalui jarum di tangan dan ubat batuk warna hitam pekat..mama rasa demam mama makin teruk..batuk mama makin teruk dan dada terasa sangat gatal..bukan kerongkong dah tapi dada..dalam dada..macam mana nak garu weii.. anak buah tolong sapukan minyak angin tapi masih tidak melegakan.. terima kasihlah kembar sebab jaga mak usu dan mak usu keliru siapa yang jaga moksu entah adik ke kakak..huhu..dialah menjaga mama sepanjang malam hari pertama.. En Hubby kena balik sebab dia kena kerja dan anak anak kat rumah takda sapa nak uruskan..
Sepanjang malam pertama di hospital tidak ada seminit pun dapat melelapkan mata. Bukan tak mengantuk tapi bila nak lelap jer..batuk mama akan menyerang..kung kung kung sepanjang malam hingga sepanjang siang... apa yang menyentuh hati mama ada seorang wanita cina yang menjaga ibunya sakit turut datang membantu mama. Dia urut urut belakang mama dan sapukan minyak angin di belakang mama..begitu juga ada seorang remaja melayu yang menjaga neneknya turut membantu mengurut ngurut mama..sangat tersentuh..rasa macam nak peluk dan cium jer mereka ni..baik sangat..
Lepas ujian darah, doktor sahkan mama kena jangkitan kuman kat paru paru. Ubat yang mereka beri untuk merangsang mama batuk dan keluarkan kahak yang banyak di paru paru. Mereka berikan satu botol kecil dan tiap kali berkahak mama akan isi kat dalam botol tu. Rupa kahak mama bukan macam kahak biasa tapi macam sarang telor katak..berbuih buih putih..bersarak..tapi malu sebab semua perhatikan mama batuk dan berkahak..nampak sangat..nak buat macam mana..tebalkan muka jerlah..yer kita sakitkan..
Ubat bertukar ganti masuk ke mulut dan ke tangan mama. Bantuan oksigen berubat juga diberi sebab katanya mama kena asma juga..azabnya Allah jua yang tahu..Allahu
Selepas 8 hari di dalam wad doktor izinkan mama balik tapi mama sebenarnya belum sembuh betul. Siapa yang tak seronok dapat balik dan tidur kat rumah..dah seminggu mama tak dapat tidur dan harapan mama moga balik ni dapatlah tidur..
Jalan pun masih bertatih dan mama hanya mampu tidur di kerusi malas, Kalau tidur di katil, mama tak boleh baring nanti batuk mama menganggu keamanan dada dan jiwa..
Sepanjang berada di rumah, mama amalkan rawatan alternatif, makan ubat kampung dan petua petua orang tua untuk melegakan batuk yang tidak mahu pergi.. selepas dua minggu mama dah boleh masak dan berkemas rumah. Cuma tak boleh lasak sangat..nanti dada sakit dan badan jadi seram sejuk..batuk semakin kurang tapi tetap menganggu tidur mama..
Sebulan kemudian mama diminta untuk mendapat rawatan lanjut kat hospital besar. Buat x ray dan berjumpa doktor. Alhamdulillah paru paru mama kembali bersih dan mama dibekalkan dengan bantuan ubat untuk orang asma tu..tah apa namanya dan dah buang pun sebab mama memang tak menggunakannya.. mama cuma makan ubat untuk asma bila mama rasa dada mama sukar menarik nafas.. ia berlanjutan hampir 1/2 tahun dan mama rasa sihat sepenuhnya..
Apabila mama kembali sihat, ingatkan nak blogging balik tapi blog mama tak boleh bukak. Mama pon tak tahu kenapa... sesekali cuba lagi..pun macam itu juga..tak boleh log in..akhirnya mama putus asa.. lagipun mama dah guna smartphone kan... asyik berfb jer kadang kadang buka blog orang lain untuk membaca...sampai lupa dengan blog akumama ni..
Hari ini..pada tarikh ini anak mama buka laptop dan guna wifi untuk buka internet..dia kata..mama .. laptop kita dah boleh ditect wifi..(sebelum ini kami guna broadband) boleh buka fb kat sini ..walhal sebelum ini tak boleh pun.. apalagi mama cuba lagi buka blog akumama dan log in .. eh eh.. boleh pulak..lepas itu gian jer tangan ni nak mengetuk kekunci....
SUBHANALLAH..LAMANYA TAK BUKA BLOG NI
Assalamualaikum wbkt semua sayang sayang mama
fuhh.. lama gila tak buka blog ni..macam macam cerita nak kongsi tapi tak dapat nak sign in kat dalam blog akumama ni. Lebih setahun dah.
Segalanya bermula bila mama kena serangan paru paru berkuman. Mama tak sihat hampir dua bulan. Duduk kat hospital lebih seminggu...Alhamdulillah .. Allah swt masih panjangkan usia mama..ingatkan nak kena jemput dah.. Allahu
ok.. banyak cerita nak share.. satu satu nanti mama uploadkan okey.. selamat membaca..
fuhh.. lama gila tak buka blog ni..macam macam cerita nak kongsi tapi tak dapat nak sign in kat dalam blog akumama ni. Lebih setahun dah.
Segalanya bermula bila mama kena serangan paru paru berkuman. Mama tak sihat hampir dua bulan. Duduk kat hospital lebih seminggu...Alhamdulillah .. Allah swt masih panjangkan usia mama..ingatkan nak kena jemput dah.. Allahu
ok.. banyak cerita nak share.. satu satu nanti mama uploadkan okey.. selamat membaca..
Sunday, 12 April 2015
KHASIAT HALIA
Assalamualaikum wbkt..
Mama sebenarnya memang suka mengulam..apa sahaja yang dipanggil ulam, pasti mama ulam ulamkan..
Sedari kecil mama dah terbiasa ikut gaya makan mak yang membesarkan mama dengan segala macam sayur kampung...Kalau cerita petai, jering, kerdas bukanlaa sesuatu yang busuk tetapi sesuatu yang enak untuk dihidang kepada keluarga dan tetamu. Kalau tak ada ulam..macam tak best jerr masa makan..
Bila luar dari ulam bermusim itu, mak mama ada alternative lain, dia dah standby petai jeruk dan jering tanam yang keras kehijauan. Jadi walau bukan musim petai atau jering..bekalan sentiasa ada. Huhu..petai jeruk pun marvelous tau...hahaha..., jering tanam pula kena rendam dulu kasi kembang dan lembut balik isi dia..haa ulam laa petai rendam tu dan tanggunglaa baunya yangg...huhu...tapi kat kampung time tu biasa jerr kalau bau bauan ini..cuma semenjak duduk pekan dah jarang nak makan sebab awak sendiri pun dah tak suka bau bauan itu..heheh..
Kalau takda sangat benda nak diulam, barulaa terhegeh hegeh mengulam mangga muda, pucuk ubi rebus, pisang muda, pucuk gajus, pucuk mangga, pucuk betik, pengaga kampung, bawang mentah, uiiiii...cukuplaa tu...kang bertambah pelik pula orang orang pekan kat sini membacanya..hahahaha...
Kalau takda sangat benda nak diulam, barulaa terhegeh hegeh mengulam mangga muda, pucuk ubi rebus, pisang muda, pucuk gajus, pucuk mangga, pucuk betik, pengaga kampung, bawang mentah, uiiiii...cukuplaa tu...kang bertambah pelik pula orang orang pekan kat sini membacanya..hahahaha...
Eh lupalaa pulak tajuk utama kat atas tu kan...khasiat halia. Disebabkan angin banyak dalam badan, nak buang angin terlebih, mama bergasak mengulam halia..orang kata ulam halia muda..haa lantak..mama ulam halia tua...pedas..ranggup dan sedap...entah apa apalaa selera mama nikan...segalanya sedap...badan tak sihat tapi selera masih mantap woo...tu sebab badan mengebu gebu..hahahaha...gelakkan diri sendiri..
Copy paste jerr..harap memberi manfaat kepada semua...tadaaa....
---------------------------------------------------------------
10 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu
Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia.
Tahukah anda Halia juga bermanfaat dari segi kesihatan. Ada 10 kelebihan halia yang mungkin kita sendiri tidak tahu:
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untukmemperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
Lelaki di dalam video di bawah pernah terbaring 2 kali tak boleh bangun sebabTEKANAN DARAH TINGGI. Ikuti pengalaman beliau mengatasi masalah ini.
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
[Bacaan Lanjut: Peppermint Ginger Shaklee Boleh Bantu Hilang Mabuk]
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzimHal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
4. Pencegahan Demam dan Selesema.
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
[Bacaan Lanjut : 25 Kebaikan Vitamin C termasuk melegakan Demam]
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen
6. Mencegah Barah Usus.
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
Lelaki dalam video di bawah tak perlu membawa inhaler dia ke mana-mana lagi. Asma dan masalah pernafasan beliau dah tak datang lagi. Apa rahsia beliau sehingga nampak begitu sihat dan cergas?
Rawatan Asma Kronik? Inhaler Bukan Kawan Baik Dia Lagi from iReach HD on Vimeo.
9. Rawatan Kanser ovari.
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti.
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.
Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
11. Mengurangkan Morning Sickness.
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
http://tipsihatselalu.blogspot.com
TEKANAN DARAH ANDA
Assalamualaikum wbkt..
Disebabkan baru periksa tekanan darah mama, mulalaa sibuk nak tahu level tekanan darah yang mama miliki..sama samalaa kita ambil tahu tekanan darah kita normal ke tidak..kat bawah ni jadual tekanan darah untuk wanita jerr...
| Tekanan Darah (BP) | Tahapan |
| 210/120 | Sangat tinggi |
| 160/100 | Tinggi |
| 140/90 | Batas tinggi |
| 130/85 | Tinggi/Normal |
| 120/80 | Normal |
| 110/75 | Rendah/Normal |
| 90/60 | Batas rendah |
| 60/40 | Rendah |
| 50/33 | Sangat Rendah |
| Umur | Tekanan Darah (mm Hg) |
| 15-19 | 117/77 |
| 20-24 | 120/79 |
| 25-29 | 121/80 |
| 30-34 | 122/81 |
| 35-39 | 123/82 |
| 40-44 | 125/83 |
| 45-49 | 127/84 |
| 50-54 | 129/85 |
| 55-59 | 131/86 |
| 60-64 | 134/87 |
BIJI PATAU
Assalamualaikum wbkt..
Nak tahu apa itu patau...... (copy paste kat blog tanomkinotuan.blogspot.com.)
BIJI PATAU BERAKAR: MAKANAN EKSOTIK DARI HUTAN DARA
Patau merupakan sejenis pokok berkayu keras yang tumbuh dengan banyak di kawasan tertentu di Sabah misalnya di kawasan pedalaman atau kawasan tanah tinggi dari Keningau merentas ke Tambunan hingga Ke Ranau. Juga pokok ini hidup subur di kawasan Beluran hingga ke Tongod dan sempadan Tawau. Pokok patau boleh mencecah ketinggian kira-kira 10 hingga 15 meter. Batang lurus seakan-akan berwarna putih dan kadang-kadang berakar banir jika tumbuh dikawasan tanah subur. Daun kecil dan halus memenuhi tangkai daunnya secara selari. Pokok patau mengeluarkan buah berbentuk sarung parang kira-kira 5 hingga 18 cm panjang, berwarna hijau ketika muda dan bertukar menjadi hitam ketika matang. Akan gugur sendiri ke tanah setelah matang oleh tiupan angin bersama sarungnya. Biji patau tidak akan terkeluar sehinggalah sarung buahnya mereput. Bijinya pula berwarna hitam dan diselaputi selaput keras. Sarung buah biji patau mempunyai kulapuk seakan-akan talkum jika buahnya baru sahaja jatuh ke tanah. Berbeza dengan pokok petai yang menjadi kegemaran kaum Melayu di semenanjung di mana buah petai di makan dalam usia muda (kulit masih berwarna hijau) sedangkan buah patau pula adalah dimakan ketika buahnya sudah matang/tua dan kering. Perlu mengopek kulit pembungkusnya untuk mendapatkan biji patau. Setiap sarung buah tersebut mempunyai kira-kira 3 hingga 10 biji patau tersusun secara individu.
Tanomkinotuan terbaca satu artikel di borneoherbs.blogspot yang bertajuk "KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN DI DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT KADAZANDUSUN DI NEGERI SABAH, MALAYSIA" di mana menyatakan bahawa "...Petai ini boleh diperolehi di hutan dara mahupun di hutan sekunder. Bagaimanapun, ada satu buah kekacang yang mungkin tidak sesuai dimakan oleh manusia (tetapi diminati oleh "gawir" (kelawar) ialah patau ". Pertama, artikel tersebut sangat berinformasi dengan nama tumbuh-tumbuhan beserta nama saintifiknya sangat berguna kepada tanomkinotuan bagi penulisan dalam blog ini. Kadang-kadang tanomkinotuan merujuk di blog tersebut untuk mendapatkan scientific name kepada sesuatu tanaman atau tumbuhan. Tetapi kenyataan penulis di atas tidak disandarkan dengan alasan kukuh yang boleh menjadi kayu ukur kepada alasan mengapa biji patau tidak sesuai dimakan oleh manusia. Ia berupa kenyataan umum dengan perkataan "mungkin" di mana penulis sebenarnya tidak pasti sama ada ianya boleh dimakan atau pun tidak.
Jika sandaran penulis kepada makanan beracun, tidaklah tepat walaupun setiap individu pengemar patau sudah maklum bahawa buah ini tidak boleh dimakan secara berlebihan. Malah patau sprout (Patau berakar) ini berkesan menurunkan darah tinggi. Mungkin penulis boleh datang ke tamu-tamu sekitar Keningau, Tambunan dan Ranau dan melihat biji patau dijual dan sehingga kini patau masih di konsume oleh penjual-penjual untuk bekalan kepada pengguna malah permintaannya cukup tinggi di pasaran. Walau bagaimanapun, hanya beliau tahu alasanya.
Berbalik kepada entry biji berakar patau, biji patau yang dikopek dari sarungnya itulah yang dimakan. Namun ianya tidak boleh dimakan begitu sahaja seperti biji petai kerana kulit bijinya yang hitam agak keras. Mengikut sejarah, pada zaman dahulu, oleh kerana pokok patau ini besar dan tinggi, mereka membiarkan buah patau yang jatuh itu mereput yang hanya tinggal adalah bijinya, apabila biji tersebut bercambah barulah dikutip dengan mencabutnya. Tetapi cara ini sangat lama iaitu mengambil masa 3 hingga 6 bulan. Satu lagi cara ialah dalam tempoh membuat kebun dilereng bukit yang ada pokok patau, selepas kebun bukit tersebut dibakar. Biji patau akan bercambah dengan banyaknya dan sebelum menjadi anak pokok, mereka akan mencabutnya. Kaedah ini terbawa-bahawa hingga awal 90'an iaitu melakukan secara semi-menual. Mereka sendiri mencari biji patau yang gugur ke tanah di hutan dan mengopek untuk mendapatkan bijinya. Biji-biji patau tersebut dilonggokkan di satu tempat lalu ditimbun dengan kayu, ranting, daun kering dan jerami lalu di bakar. selepas di bakar ia dibiarkan selama 5 hingga 7 hari barulah dituai hasilnya. Lama kelamaan kaedah ini bertukar lagi cara yang paling ringkas iaitu mereka sendiri mencari buah patau lalu mengopeknya. Mereka mengetip dihujung bijinya (tip) dengan pengepit kuku lalu ditanam ke dalam tanah selama 1 minggu. Kaedah ini digunakan oleh semua penjual hingga hari ini.
Caranya mudah sahaja, biji patau harus diketip kira-kira pecah kulitnya bagi membolehkan kelembapan masuk ke dalamnya. Pastikan diketip secara betul dan bukan dibelakang (bontot). Buat pengemburan tanah di halaman rumah anda cukup untuk menanam biji patau yang telah diketip. Tidak perlu meletakkan apa-apa cuma gembur dan benamkan biji patau dengan hujung yang diketip harus di bawah, ia harus menegak dan bukannya dibaringkan atau telentang. Jangan terbalikkannya pula. Timbus sedikit tanah cukup-cukup untuk menutupi biji tersebut dan siram dengan air. Tutup dengan menggunakan apa-apa yang sesuai. Biarkan ia selama 6 hingga 7 hari. Selepas 6 hari anda sudah boleh menuai biji patau anda kerana ia sudahpun bercambah dengan mencabutnya lalu cuci sebersih-bersihnya. Hari yang ke-4 anda sudah boleh menuainya tetapi akarnya masih pendek. Hari ke-7 adalah hari yang sangat sesuai kerana anda hanya tinggal cabut sahaja tanpa bersusah payah untuk mengopek kulitnya lagi. Jika anda ternampak biji patau yang masih hitam dan tidak bercambah, beli pada jumlah yang banyak. Anda boleh menanamnya sendiri dengan mengikut panduan di atas. Lagi selamat dan puas hati. Anda juga boleh menyemainya ke dalam kontena, pasu dan bekas lain yang difikirkan sesuai.
Sebenarnya ketika tanomkinotuan masih kecil-kecil dulu, tanomkinotuan tidak suka memakan biji patau berakar ini. Termuntah-muntah tanomkinotuan apabila aki (datuk sebelah bapa) menyuruh memakan biji patau yang dimasak tumis bersama tipun (udang kering halus yang tidak berisi, hanya kulit ja). Malah tanomkinotuan juga tidak suka memakan jenis udang tipun hinggalah sekarang. Tetapi persepsi tanomkinotuan berubah apabila kakak tanomkinotuan memasak patau berakar ini dengan menumbuknya hingga hancur bersama udang kering yang biasa dan dimasak hingga garing. Saat itulah tanomkinotuan suka memakannya. Jika anda blender biji patau berakar tersebut dan memasaknya, baunya tidak sekuat pada biji patau yang masih asli.
Biji patau berakar boleh dimasak dengan pelbagai cara resepi yang enak dan sedap. Baunya yang kuat seperti petai menjadi menambat selera bagi yang memahaminya tetapi bau tersebut menjadi pembunuh selera kepada yang menghindarinya. Anda boleh merebusnya dalam 15 minit dan cuci hingga bersih lalu dihidang bersama sambal cili padi atau bilis, ia juga sesuai dimakan bersama sambal ikan masin. Patau sprout juga boleh ditumbuk dan dimasak bersama udang kering, goreng hingga garing bersama cili padi dan sedikit bahan sayuran buah lain seperti kacang buncis atau kacang panjang. Tanomkinotuan pernah memasak resepi ayam masak patau dan kodop. Fuhhhhh!, enak hingga tidak ingat dunia. Akan tanomkinotuan postkan resepi ayam masak patau dan kodop di blog ini bila tiba masanya. Patau sprout juga sesuai dicampurkan dalam syur campur bawang losun.
-------------------------------------------------------------------
Payah rupanya nak cari artikel pasal patau ni. Puas google..ini jerlaa yang dapatnya...
Rupa asal biji patau ni hitam dan keras macam buah saga. Maknanya memang tak boleh nak makan gitu gitu macam petai biasa. Ikut si penulis kat atas kena tanam dahulu kat tanah bagi bercambah. Kakak ipar mama pun pesan gitu juga tapi dek terlebih pandai, kak long rendam jer kat air dan biar dia lembab..akhirnya bercambahlaa biji patau tu macam tauge..
Bila dah bercambah isi dan kulitnya kembang dua kali ganda dari size asal. Selain dari itu isinya mudah dikeluarkan dan baunya memang sebiji bau petai biasa. Puas dok cari macam mana rupa pokok dengan kulit dia tapi payah betul nak jumpa...mungkin ada yang panggil dengan nama lain kot..
Huhu..tak berani nak kunyah macam gitu jerr walau bau dia macam petai. Kakak ipar mama bagi yang dah bercambah dan mama dengan excitednya buatlaa sambal goreng ikan bilis campur tempe dengan kentang dan sudah tentunya patau yang seakan petai itu. Mama goreng dahulu semua bahan dan masak sambal tumis macam biasa..last sekali gaul kesemuanya..
Masa mengoreng patau..memang sah naik bau petai tapi bila dah masak..rasanya taklah sekuat petai dan lagi isinya ranggup walau dah kena goreng...
Puas mama goda En Hubby rasa tapi dia ni memang pesen susah nak makan makanan yang tak biasa di mata dan di tekaknya. Jadi mama dengan anak anak jerlaa yang menikmati sambal goreng campur patau tadi. Anak anak kata sedap...memang sedap pun...rugilaa En Hubby tak rasa...
Esoknya mama anginan..sebenarnya dah dua tiga hari badan sakit sakit, kat bahu rasa macam ada benda bertenggek jerr. Adakah kerana patau tak tahulaa..angin dalam badan terasa banyak. En Hubby belikan Eno dan minuman halia...mama gasak lagi dengan ulam halia mentah..masih tak sedap badan juga..kalau tak kentut..jawabnya angin tak keluar habis laa tu...asyik sendawa jerr..
En Hubby tolong urutkan..umangaiii...sakitnya tak tertahankan..tapi grup grup terasa angin pecah kat bahu mama ni dan sendawa tak henti henti..lepastu En Hubby tampalkan koyok..dua hari lepas tu barulaa lega tapi badan terasa letih jerr..
Takut pula mama terkena darah tinggi..pergi laa cek tekanan darah kat farmasi. Bacaan 113/75...katanya ok.. Haah!..rendah gila tu..mama biasanya 120/80 dan akan melonjak 135/85 bila something wrong terjadi kat badan mama nih...ermmm...adakah patau menyebabkan tekanan darah mama turun dan menyebabkan mama rasa letih...? Budak farmasi tu syorkan mama vitamin B kompleks...nampak macam ada perubahan pada badan ni..tak tahulaa hari lain..semoga dijauhkan sebarang penyakit yang merbahaya..
BUAH TANGAN DARI SABAH
Assalamualaikum wbkt
Seronok bangat sebab banyak dapat buah tangan dari kakak ipar dan kak long yang baru pulang bercuti dari Sabah. Sebenarnya Ipah, kakak ipar mama berasal dari Ranau, Sabah. Dia dah menetap kat sini sejak anak dara hinggalah sekarang. Semasa balik ke kampungnya dia bawa sekali ipar duai dia untuk turut sama bercuti. Dialah yang jadi ketua pelancong merangkap tuan rumah semasa kak long dan kak sal si kakak ipar mama lagi seorang ketika berada di sana. Penuh satu bas kot..suami dan anak anak dia semua pergi termasuk anak kepada Kak Sal...
Berbalik kepada buah tangan tadi, biasalaa kalau pi Sabahkan..tak tinggal kuih cincin dia, teh sabah dia..walaupun dah melambak kat pasaraya..spesel sebab beli terus kat sana..regenye...hentah..idakler mama tanya..tapi dapat goodie bag sabah tea...dua hinggit katenye..penuh sebeg dengan teh serbuk, teh uncang ngan kopi sabah yang kaw pahit......
Paling best mama dapat 1/2 botol besar jeruk buah bambangan..huhu..En. Hubby merengek busuk..tapi cedap lerr cayang...relakan jerr lerr dinde memakannye...relakanlaa..relakanlaa...pleaseee...
Layan dengan ikan goreng atau ikan bakar...perghh...tak nampak laki ulang alik kat belakang..hehehehe... (sebenarnyakan buat buat tak nampak sebab malas tengok muka dia yang cemberut tu...)
Selain daripada bambangan, kakak ipar mama bawakan pulut hitam bukit, beras merah bukit, biji patau dan belanda sejenis ubi ubian seperti halia..
Pulut hitam itu mama buburkan..rezeki ramai rupanya. Kebetulan hari mama buat bubur itu, jiran didatangi ramai sanak saudara..jadi hulurlah apa yang ada untuk kongsi rezeki dan pahala..
Bab patau dengan belanda tu nanti kita cerita erk...
BERHABUK BERSAWANG
Assalamualaikum wbkt..
Ish ish ish...banyaknya habuk..bersawang sawang sana sini..Lama betul tak menyingah kat sini..
Bagi yang rajin melawat blog akumama, walau tiada apa cerita yang baru..terima kasih banyak yerr..
Sebenarnya bulan Mac yang ditinggalkan sehingga ke bulan ini, mama sangat sangat sangat sibuk dengan pelbagai hal yang berkaitan dengan sibuk..hehehe...
Namun syukur Alhamdulillah...Allah swt masih memberi ruang untuk mama bernafas dan menikmati rezeki yang melimpah ruah..Subhanallah..
Friday, 13 March 2015
DIARI SEPANJANG MAJLIS MAULIDUR RASUL DI SURAU TANAH WAKAF HILIR
Assalamualaikum wbkt...
Alhamdulillah, akhirnya selesai juga mama melaporkan diari sepanjang majlis maulid di surau tanah wakaf itu. Kalau rajin pi lawat kat blog mama lagi satu http://galerisurautanahwakaf.blogspot.com.
Selesai kat sana barulah dapat singgah kat sini... disebabkan kemalasan dan kesibukan, mama copy paste jer..kalau rajin bacalaa..banyak juga ilmu dari Ustaz Abdullah Khairi yang boleh kita amalkan..Insya Allah..
Mama bagi 3 bahagian sebab panjang sangat, mama tak sabar sabar nak publish, jadi buat laa 3 part tu haa..jangan marah haa..heheh
part 1
Sabtu, 28hb Febuari, 2015, hampir kesemua AJK Surau Tanah Wakaf hadir memberikan sokongan dan tenaga untuk gotong royong menyembelih dan melapah lembu dan kambing. Kaum wanita pula sibuk menyediakan bahan untuk masakan keesokkan harinya dan memasak hidangan makan tengahari untuk mereka yang bertugas pada hari itu. Walau di dalam kesibukan, kelas Ustaz Rahim tetap dijalankan pada hari tersebut..
Ahad, 1hb, Mac, 2015, pagi pagi lagi AJK berkaitan telah datang untuk menyediakan pelbagai kerja yang perlu disiapkan sebelum petang hari tersebut. Paling sibuk, sudah tentulah kaum wanita kerana mereka ditugaskan untuk memasak kari kambing sebanyak 3 ekor dan daging dari lembu seekor dimasak lompap (lemak cili api) dan rendang kacang. Kaum lelaki pula sibuk menyusun meja, kerusi dan beberapa kerja rencam yang lain. Segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah.
6:30 petang
Jemaah mula datang berperingkat peringkat hinggalah tiba waktu Maghrib.
7:30 malam
Masuk waktu maghrib. Surau telah mulai dipenuhi oleh jemaah lelaki, hingga melimpah ke sisi kiri surau iaitu di ruang legar. Manakala jemaah wanita pula ditempatkan di sisi kanan surau yang juga di ruang legar.
Selesai solat maghrib, Ustaz Abdullah Khairi masih belum tiba jadi kami meneruskan Majlis Selawat beramai ramai dengan pimpinan imam Azizan dan imam Azhar. Usai selawat, Ustaz Abdullah Khairi tiba tepat pada masanya.
Sebelum Ustaz Abdullah Khairi memberi ceramah, Tuan Pengerusi Majlis telah memberi ucapan pembuka.
Ceramah Ustaz Abdullah Khairi (AK)
Menghayati Nabi Muhammad Saw
Ucapan dimulai dengan kata kata aluan kepada kesemua "bakal bakal jenazah" yang diistilahkan oleh beliau. Beliau juga mengucapkan rasa syukur dan tahniah kepada kesemua para jemaah kerana berjaya membina surau yang tersergam hasil dari kutipan derma orang ramai. Katanya surau adalah rumah yang kita singgah sebelum kita mati. Katanya setiap derma yang diberi, dimanfaatkan seperti bangunan itu sendiri, lampu, kipas, penghawa dingin dan sebagainya...apabila digunakan maka pahalanya akan sentiasa berjalan dan kita akan mendapat imbuhan pahala tersebut.
Ustaz AK berkata lagi, jika kita berselawat kepada Rasulullah saw, Allah swt akan berselawat kepada kita pula...
Kita sayang Nabi bukan pada hari tertentu sahaja, ingatlah Baginda selalu iaitu dengan berselawat ke atasnya.
Dikisahkan Abu Bakar ra. sangat sayangkan Nabi saw. Nabi pernah tidur di atas pangkuan Abu Bakar ra. Lalu Ustaz menceritakan perihal peristiwa di dalam gua semasa Baginda saw. dan Abu Bakar ra keluar dari Mekah untuk lari ke Madinah. Bagaimana Abu Bakar ra telah menutup lubang lubang ular dengan menggunakan jari kaki dan tangan hingga menitis air matanya kerana tidak tahan menanggung kesakitan gara gara ingin melindungi insan yang disayanginya dan juga kekasih Allah yang sangat mulia itu. Di mana ada Nabi saw, di situ ada Abu Bakar ra.
Selepas kewafatan Baginda saw, Abu Bakar ra telah beberapa kali mengulangi Aisyah ra untuk menanyakan akan amalan Rasulullah saw semasa hidupnya kerana dia ingin menyambung akan amalan Rasulullah saw itu.
Akhirnya Aisyah ra menceritakan perihal Rasulullah saw yang setiap hari akan ke pasar membawa roti dan air untuk diberi makan kepada seorang yahudi tua dan buta. Melalui Abu Bakar ra, yahudi itu mengetahui orang yang selama ini memberinya makan adalah Nabi Muhammad Saw yang sangat dibenci dan disumpah seranah olehnya. Insan mulia itu juga telah wafat. Yahudi itu sangat takjub akan keperibadian Baginda dan merasa kesal kerana pernah menyumpah Nabi saw di hadapan Nabi sendiri, kerana dia tidak tahu siapa yang menyuapkan makanan ke mulutnya sebelum itu. Akhirnya yahudi tua itu masuk islam.
Ustaz AK juga sempat menyelitkan kisah latar belakang keluarganya yang berasal dari Siam. Di atas rahmat Allah swt, moyang atau datuknya telah memeluk islam, sehinggalah lahirnya dia yang menjadi seorang pendakwah yang disegani. Isterinya pula berketurunan mamak penang. Beliau sempat berseloroh..katanya siam campur mamak jadi semak.
Atas rahmatNya dia islam. Selawatlah banyak banyak untuk mengingati Rasulullah saw. Binatang juga sayangkan Baginda saw. Diceritakan oleh Ustaz kisah Kijang dengan Rasulullah. Pada satu hari Rasulullah saw pergi ke satu tempat dan tiba tiba terdengar ada satu suara memberi salam dari arah belukar. Puas Baginda mencarinya dan akhirnya terserempak dengan seekor kijang yang terkena jerat.
Ustaz AK juga sempat menyelitkan kisah latar belakang keluarganya yang berasal dari Siam. Di atas rahmat Allah swt, moyang atau datuknya telah memeluk islam, sehinggalah lahirnya dia yang menjadi seorang pendakwah yang disegani. Isterinya pula berketurunan mamak penang. Beliau sempat berseloroh..katanya siam campur mamak jadi semak.
Atas rahmatNya dia islam. Selawatlah banyak banyak untuk mengingati Rasulullah saw. Binatang juga sayangkan Baginda saw. Diceritakan oleh Ustaz kisah Kijang dengan Rasulullah. Pada satu hari Rasulullah saw pergi ke satu tempat dan tiba tiba terdengar ada satu suara memberi salam dari arah belukar. Puas Baginda mencarinya dan akhirnya terserempak dengan seekor kijang yang terkena jerat.
Rasulullah saw menjawab salam kijang tersebut dan kijang kemudiannya meminta Baginda agar melepaskannya daripada jerat itu. Nabi saw menjawab, “Kamu bukan kepunyaan aku tetapi kepunyaan orang lain”. Kijang berkata lagi, “Kau lepaskan aku Rasulullah kerana aku hendak menyusukan dua ekor anak aku yang seharian tidak menyusu dan kelaparan. Aku hendak menyusukan sekenyang-kenyangnya mereka dan mengucapkan selamat tinggal. Aku berjanji aku akan datang semula dan kemudian kau tambatlah aku semula di sini”. Rasulullah saw berkata, “Aku nak pegang janji apa dengan kau kalau aku lepaskan kau yang bukan milikku?”. Kijang berkata, “Aku berjanji dengan nama Allah swt”. Rasulullah saw melepaskan kijang tersebut dan kijang itu berlari sekuat-kuat dan sepantasnya.
Seharian Rasulullah SAW menunggu dan Baginda hampir meninggalkan tempat tersebut. Tiba-tiba, kijang melompat turun dari atas bukit kerana terlambat dan khuatir Rasulullah SAW meninggalkan tempat tersebut. Kijang memberitahu yang ia terlewat kerana anak-anaknya menyusu dengan sepuas-puasnya hingga dia sendiri tertidur.
Rasulullah saw kemudian menambat semula kijang tersebut dan meneruskan perjalanannya. Apabila bertemu dengan kaum yang ingin ditemuinya, Baginda saw terus bertanya, “Di antara kamu, siapakah yang memasang jerat berhampiran dengan bukit tersebut?”. Seorang pemuda kemudian mengaku bahawa beliau telah memasang jerat itu. Nabi saw mengatakan bahawa jeratnya telah mengena. Pemuda itu berkata, “Aku berniat jika jerat aku mengena, aku hendak memberikan kijang tersebut kepadamu, Rasulullah!”. Nabi saw mengucapkan terima kasih dan Baginda memang mahukan sangat kijang tersebut.
Kemudiannya, Rasulullah saw kembali ke jerat tersebut membuka tali jerat pada kaki Kijang tersebut. Kijang berkata sekarang aku milikmu, apakah yang boleh aku lakukan untuk membantu kamu ya Rasulullah. Kijang tersebut ingin berdakwah bersama Nabi saw. Nabi saw menyatakan Binatang tidak dipertanggungjawabkan untuk berdakwah.
Binatang bertanya apa nak dibuat untuk membantu perjuangan Baginda saw tapi kita hina orang yang ikut sunnah Nabi saw..
Diceritakan juga oleh Ustaz AK, kisah semasa Perang Khandak dimana Nabi Muhammad saw dan para sahabat bersama sama bergotong royong mengali parit yang jauhnya hampir 16km untuk melindung Madinah dari serangan musuh. Semasa mengali terdapat batu yang sangat besar menghalang kerja mengali para sahabat. Atas mukjizat kurniaan Allah swt, Nabi saw memukul 3 kali dan batu itu hancur.
Semasa memukul batu itu, baju Baginda saw terangkat dan terlihat oleh sahabat yang bernama Sayyidina Jabir al Ansari akan diperutnya ada diikat dengan ketulan batu. Lalu ditanyakan kepada Baginda sendiri dan Nabi saw berkata yang dia dah tak makan selama 3 hari. Sayyidina Jabir telah kembali ke rumahnya dan bertanya kepada isterinya akan apakah makanan yang ada di rumah mereka dan tujuannya untuk memberi makan Baginda yang sudah 3 hari tidak menyentuh makanan. Isterinya mengatakan ada 2 biji roti dan kambing peliharaan mereka yang kurus. Beliau menyembelih kambing itu dan menyuruh isterinya memasak untuk dihidangkan kepada Rasulullah saw seorang sahaja.
Sampai di parit, Sayyidina Jabir al Ansari berbisik kepada Rasulullah untuk menjamu Baginda saw ke rumahnya. Katanya aku hanya ada roti dan kambing. Tiba tiba Rasulullah saw berdiri di satu tempat tinggi dan mengumumkan yang Jabir al Ansari menjemput kesemua para sahabat yang mengali parit tersebut ke rumahnya kerana ada jamuan makan. Sayyidina Jabir merasa sangat susah hati dan menyatakan kepada isterinya dan isterinya menenangkannya yang Nabi saw adalah kekasih Allah, Allah pasti membantu mereka.
Sesampai di rumah Sayyidina Jabir, Nabi Muhammad saw bertanyakan akan roti dan lauk kambing yang dimasak oleh isteri Sayyidina Jabir. Nabi Muhammad saw sendiri mencedok dan membahagikan kepada kesemua tetamu Sayyidina Jabir yang seramai 1,000 orang dan Subhanallah, makanan itu cukup dan mengenyangkan tetamunya. Nabi Muhammad saw juga mengatakan kepada Sayyidina Jabir, makanan masih berbaki untuk keluarganya. Sayyidina Jabir terpana melihat sendiri, roti dan lauk kambing masih tidak luak.
Sayyidina Jabir bersimpuh di hadapan Nabi saw, lutut bertemu lutut dan memegang tangan Baginda saw. "ya Rasulullah jika aku tak yakin pada mu, siapalah aku ya Rasulullah"
Terdapat versi lain sedikit berkaitan kisah menarik di atas, untuk pengetahuan semua...tetap menyentuh hati...
--------------------------------------------------------------------------------------------
http://mujahidahsyahidfisabilillah.blogspot.com
Selepas Saiyidina Salman al Farisi mendapat ilham untuk mengorek parit besar keliling Kota Madinah, Rasulullah saw bersama 1000 tentera Islam terus menggali parit. Ketika sedang menggali parit, Rasulullah saw dan tentera Islam dalam keadaan sangat lapar disebabkan kehabisan bekalan makanan. Datang seorang sahabat mengadu kepada Baginda, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya aku dalam keadaan yang sangat lapar’ lalu menunjukkan 2 ketul ikatan batu di perutnya. Melihat keadaan itu, Baginda terus menunjukkan 3 ketul ikatan batu di perut baginda yang mulia, lalu fahamlah sahabat tadi bahawa Rasulullah saw lebih lapar darinya dan dia terus pergi.
Beberapa ketika kemudian, Baginda memanggil seorang sahabat, iaitu Saiyidina Jabir al Ansari. ‘Wahai Jabir, bolehkah engkau ke mari sebentar?’ Mendengar seruan Baginda, Saiyidina Jabir menyahut ‘Nyawa taruhanku’ sebagai adab dengan Baginda dan terus berlari ke arahnya. ‘Wahai Jabir, ada apa-apakah di rumahmu yang boleh dijamu untuk tentera-tentera Islam?’. ‘Tidak ada apa-apa ya Rasulullah saw, melainkan seekor kambing tua lagi kurus.’ Jawab Saiyidina Jabir. ‘ Pulanglah engkau ke rumah untuk bersiap-siap dan menjamu tentera Islam dengan kambing itu.’ Tanpa sebarang bantahan dia terus taat dan patuh kepada Rasulullah saw demi membuktikan cintanya.Langsung tidak terdetik di hatinya, cukupkah jamuan seekor kambing untuk seribu orang tentera. Sangat lurus hatinya terhadap Rasulullah saw. Saiyidina Jabir terus berlari pulang ke rumah dan menyampaikan berita itu kepada isterinya.
Si isteri terus menyiapkan bahan untuk dimasak, manakala Saiyidia Jabir menguruskan penyembelihan kambing, ditemani 2 org puteranya Sa’ad, 6thn, dan Sa’ed, 4thn. Seperti kanak-kanak lain, Sa’ad dan Sa’ed melihat bapanya menyembelih dengan penuh perhatian tanpa memahami hakikat peristiwa itu. Setelah selesai menyembelih, Saiyidina Jabir meninggalkan 2 orang puteranya di situ untuk menyambung proses masakan yang lain. Melihat keadaan bapa mereka yang sibuk, Sa’ad berkata pada adiknya, ‘Wahai adikku Sa’ed, mari kita bermain seperti apa yang bapa lakukan tadi,’ Sa’ed bersetuju lalu si abang menyerahkan tengkuknya. Sa’ed mengambil pisau tadi lalu menyembelih abgnya sehingga mati. Melihatkan perihal itu, Sa’ed berkata ‘Abang, jomlah main lagi, kenapa diam? . Melihatkan tiada respon daripada abangnya, kanak-kanak berusia 4thn itu terus berlari mendapatkan bapanya kerana rasa tidak sedap hati.
Sementara itu Saiyidina Jabir sedang menyiapkan unggun api yang besar untuk memanggang kambing tua tadi Setelah api marak membakar, kelihatan anaknya Sa’ed berlari dengan laju, lalu tersadung batu dan tercampak ke dalam unggun api yang marak dan besar itu. Saiyidina Jabir cuba untuk menyelamatkannya, malangnya tidak sempat, anaknya sudah menemui ajal. Mendapat tahu putera sulungnya juga sudah mati, dibawa kedua-dua mayat anaknya ke dalam bilik.
Atas dasar cintakan dan mentaati Rasulullah saw, kedua-dua suami isteri itu menyambung kerja-kerja memasak mereka. Kemudian Rasulullah saw tiba bersama dengan para tentera Islam di rumah Saiyidina Jabir. Melihatkan rumah Saiyidina Jabir yang agak kecil, berkatalah seorang sahabat, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya Rumah Saiyidina Jabir ini agak kecil, dan tidak mampu menampung bilangan kita yang ramai. Baginda berkata, ‘Sesungguhnya Allah dan Rasul lebih mengetahui’ dan Baginda terus melekapkan dua tapak tangannya ke dinding rumah Saiyidina Jabir dan menggerakkan kedua tangannya ke kiri dan ke kanan. Dinding rumah Saiyidina Jabir bergerak dan ruang rumahnya menjadi luas. Maka sekalian sahabat pun masuk dengan penuh beradab.
Di dalam rumah, setelah semua sahabat mengambil tempat duduk, makanan pun terus diagihkan mengikut sunnah Rasulullah saw yang mana tetamu yang duduk di hujung dahulu diutamakan. Kebesaran Allah dan mukjizat Nabi-Nya berlaku apabila makanan yg dicedok tidak kehabisan bahkan mencukupi untuk semua sahabat.
Kemudian sebelum makan, Baginda bertanya kepada Saiyidina Jabir, ‘Wahai Jabir, aku mendengar engkau mempunyai 2 org putera kecil, di mana mereka? Ajaklah mereka sekali makan bersamaku.
‘ Tidak apa Rasulullah saw, Tuan makanlah dahulu,’ jawab Saiyidina Jabir tidak mahu menganggu baginda menjamu selera jika diceritakan hal yg sebenar. Baginda berkata lagi,
‘Wahai Jabir, panggilah kedua orang puteramu itu, aku mahu makan bersama mereka’. Saiyidina Jabir menjawab lagi, tidak mengapa Ya Rasulullah saw, mereka ada di dalam. Tuan makanlah bersama sahabat dahulu.’ Lalu Baginda bertanya,’Apakah nama kedua orang puteramu itu wahai Jabir?’ ‘Sa’ad dan Sa’ed’ Saiyidina Jabir menjawab. Kemudian Baginda memanggil, ‘Wahai Sa’ad dan Sa’ed, keluar dan kemarilah kamu berdua datang menjamu selera bersama kami!’. Maka berlari keluarlah dua-dua anak itu mendapatkan Rasulullah saw dan mereka makan bersama. Kedua-dua orang anak itu hidup dan berketurunan seperti orang lain.
--------------------------------------------------------------------------------------------
BERSAMBUNG...PART 2
Semasa Perang Uhud, kerana mungkir janji dengan pesan Rasulullah saw, tentera Baginda saw diserang semula oleh musuh dan tentera muslimin kalah. Baginda saw terjatuh ke dalam lubang dan gigi baginda patah. Musuh memanah dari belakang Baginda saw, untuk menyelamatkan Baginda dari tercedera, sahabat Nabi saw yang bernama Abu Dujanah telah menjadikan dirinya perisai. Dikatakan belakangnya dipenuhi dengan panah seperti duri landak.
Semasa menghalang diri Baginda dari kena tikam, Baginda saw menggunakan perisainya dan perisai itu pecah dan serpihan perisai terkena dahi Baginda saw. Saad al Waqas telah menggunakan giginya untuk mencabut serpihan perisai pada dahi Nabi saw. Akhirnya serpihan itu tercabut dari dahi baginda saw dan gigi Saad al Waqas tertanggal.
Semasa menghalang diri Baginda dari kena tikam, Baginda saw menggunakan perisainya dan perisai itu pecah dan serpihan perisai terkena dahi Baginda saw. Saad al Waqas telah menggunakan giginya untuk mencabut serpihan perisai pada dahi Nabi saw. Akhirnya serpihan itu tercabut dari dahi baginda saw dan gigi Saad al Waqas tertanggal.
Sahabat bernama Malik b. Sinan apabila melihat dahi baginda berdarah, beliau meletakkan mulut pada luka dan menghisap darah yang mengalir. Beliau menghisap dan menelan hingga darah berhenti mengalir. Lalu Baginda saw berkata " barang siapa yang bercampur dengan darahku, Allah haramkan api neraka padanya."
Ustaz AK juga menyelitkan kisah Mustafa Kamal Antartuk yang menderita sakit tanpa diketahui puncanya dan tiada penawar untuk meringankan beban kesakitannya itu. Semasa kematiannya, jenazah tidak diterima bumi. Akhirnya ditanam di dalam konkrit. Diantara kerosakan agama yang dibuat oleh Mustafa Kamal Antartuk ialah ;
| kubur mustafa kamal antartuk |
....sesetengah informasi dari blog itsthemessage.wordpress.com
1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
Al Quran yang diarah Mustafa Kamal Ataturk ditulis dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
Mustafa Kamal Ataturk
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun.
Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Perginya Khalifah Uthmaniyah terakhir yang tidak menjual walau seinci pun bumi Palestin walaupun telah ditawarkan berbilion dolar oleh pertubuhan Yahudi sedunia.
..........................................................................................................
Ustaz AK juga menceritakan perihal Sultan Muhammad Al Fateh yang berjaya menawan Kota Kontantinopel. Beliau memetik kata kata Sultan Muhammad Al Fateh : " siapa yang tidak bangun tahajud tidak layak berperang", sempat juga beliau membandingkan dengan anggota tentera yang kita ada...
(dengan sedikit tambahan dari admin untuk maklumat tambahan)
Selepas berjaya menahluki kota besar itu, Sultan Muhammad Al Fateh telah berjaya mencari kubur sahabat baginda yang sangat masyur dengan wasiatnya iaitu Abu Ayub Al Ansari;
"Aku mendengar baginda Rasulullah saw mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda.“
Kubur Abu Ayub Al Ansari telah digali dan didapati mayatnya masih elok seperti baru meninggal dunia. Sultan Muhammad Al Fateh ingin memberi penghormatan dengan memegang kakinya tetapi kaki itu bergerak seolah olah tidak mengizinkan diperlakukan sedemikian.
Kisah Abu Ayub Al Ansari ; Semasa Rasulullah saw tiba di Madinah, berebut rebut orang ansar mengajak Baginda saw tinggal di rumah mereka. Untuk berlaku adil, Baginda saw berkata di mana untanya berhenti, disitu Baginda saw akan tinggal. Lalu berjalanlah unta tersebut ke dalam kota Madinah sehingga unta itu berhenti di hadapan sebuah rumah, sudah tentu pemiliknya Abu Ayub Al Ansari.
Rumah Abu Ayub ada dua lantai atau dua tingkat. Beliau menyarankan Baginda duduk di atas tetapi Baginda saw mengatakan ingin duduk di bawah sahaja. Ketika itu musim sejuk dan Abu Ayub keresahan tinggal di atas apabila mengenangkan Baginda saw ada di tingkat bawah. Sehinggakan pada satu hari, beliau tersepak cawan yang ada air, cepat cepat dilapnya dengan selimutnya kerana ditakuti terkena kepada Baginda saw tersayang...dan beliau tidur kesejukkan dengan selimutnya yang basah.
Selepas peristiwa itu, Baginda saw telah diminta tinggal di atas rumah, manakala beliau tinggal di tingkat bawah. Semasa musim panas, Baginda saw yang tinggal di atas rumah berpeluh peluh kepanasan. Peluhnya menitik hingga ke bawah rumah. Peluh Nabi saw dikatakan sangat harum seperti kasturi, begitu juga kencing dan najisnya wangi. Abu Ayub Al Ansari telah menganga dari bawah rumah untuk menadah setiap titisan peluh Rasulullah saw yang jatuh ke bawah sehingga Rasulullah saw tersedar akan perbuatan beliau. Beliau mengatakan kepada Rasulullah saw, "peluh mu menitis ya Rasulullah, aku tahu peluh mu lebih HARUM dari KASTURI aku sayang kamu ya Rasulullah, aku minum peluh kamu ya ..."
Lalu Baginda saw mengatakan "sesiapa yang meminum peluhku, Allah swt akan mengharamkan api neraka kepada mereka"
Ustaz AK mengalirkan airmata sambil menyatakan kesedihan akan Nabi saw tidak ada disamping kita untuk mendapat barakah seperti para sahabat nabi....
........................................................................................................................
Digambarkan akan keindahan Rasulullah saw;
Rambutnya ikal hitam, berketak ketak hingga ke bahu. Apabila ditiup angin, rambutnya melambai lambai seperti daun ditiup angin.
Kulitnya putih kemerah merahan.
Matanya bulat. Bila Baginda saw marah, matanya akan menjadi merah
Keningnya melengkung cantik
Hidungnya tajam berkilat..mancung yang cantik
Bibirnya apabila tersenyum, seperti bulan purnama
Giginya tersusun rapi
Semasa Baginda saw wafat, giginya tetap cantik seperti bintang bercahaya
Satu urat janggutnya, satu bidadari
Bahunya bidang dan sederhana
Dari dada hingga ke bawah, sama
Ada bulu yang halus menghiasai perutnya
Kakinya besar, apabila berjalan cepat, tumitnya tidak diangkat
Kepalanya besar sesuai dengan tubuh badannya
Baginda beristigfar 100 kali setiap hari. (Amalan ini akan membuang sifat sombong yang ada pada diri kita)
Baginda makan guna tiga jari kerana Baginda saw makan roti.
Ustaz AK berpesan, ketika hendak makan bacalah Bismillah, diikuti dengan doa makan dan bismillahillazi...
Ikut budaya kita yang makan nasi, ambil nasi letakkan dimulut dahulu sebelum mencapai makanan yang ada di hadapan kita. Jika lupa baca bismillah, baca doa terlupa ;
Kita dilarang mengguna tangan kiri kerana ia adalah perbuatan syaitan.
Ambil apa sahaja di hadapan dahulu baru dicapai yang jauh dari kita.
Nabi Muhammad saw mengamalkan menitip garam dilidahnya sebelum makan. Ini kerana garam mengandungi alkali yang boleh meneutralkan perut yang berasid.
Diakhiri dengan Alhamdulillah.
Terselit kisah lucu orang yahudi tidak suka sendawa kerana dianggap bad manners. Jika kentut, perbuatan yang sangat bagus. (admin) Sebenarnya kita diminta makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Jadi tak sempatlah nak sendawa...dan selalunya kita makan sampai kenyang dan akan menghasilkan sendawa. Amalannya kita akan mengatakan Alhamdulillah tetapi sebenarnya perbuatan itu adalah makruh...
Ketika Nabi Adam as bersin, jantungnya telah terhenti seketika. Selepas itu Nabi Adam as mengucapkan Alhamdulillah selepas jantungnya berdenyut kembali.
Jangan minum semasa makan
Kencinglah dahulu sebelum membuang air besar, dan istinjak guna tangan kiri
Ketika minum, jangan meneguk sekaligus tetapi tiga kali teguk
Ketika masuk tandas, gunalah kaki kiri dahulu ketika melangkah masuk
Jangan lupa doa masuk tandas, kerana ada syaitan jantan dan betina di dalam tandas
Tutuplah kepala samada guna tangan, kain atau spander pun boleh (lawak ustaz AK)
Ustaz AK kongsikan kisah seorang kawannya yang telah pergi ke sebuah hotel untuk satu mesyuarat. Sebelum masuk ke dewan, beliau pergi ke tandas dahulu. Oleh kerana tiada apa yang hendak digunakan bagi menutup kepalanya, beliau telah menggunakan seluar dalamnya untuk menutup kepala. Selesai hajat, beliau kembali semula ke arah dewan dan rasa pelik kerana receptionist yang menyambutnya tersenyum simpul kepadanya. Lalu diberitahu akan kepelikkan yang ada pada dirinya, dia jadi sangat malu kerana lupa menanggalkan seluar dalam yang menutupi kepalanya tadi...
Ketika keluar tandas, bacalah doa juga;
Ketika kencing, duduklah untuk mendapat pahala. Berdiri hukumnya makruh walau tiada manusia yang melihat.
Semasa tidur, lambung hendaklah diarahkan ke kiblat
Bacalah doa dan 3 Qul sebelum tidur. Lalu ditiup ke tapak tangan, disapu ke muka dan dilurut ke atas kepala lalu dilurut sehingga ke hujung kaki dan tangan.
Kalau boleh bacalah Al Mulk sebelum tidur, Allah swt jamin jauh dari azab kubur..
Ketika bangun tidur bacalah doa;
Ustaz AK dapat petua dari seorang kawan ketika di Madinah, ketika bangun dari tidur tepuk tepuklah pipi dan pukul pukullah tangan. Sesiapa yang mengamalkannya akan merasa nikmatnya.
BERSAMBUNG.... PART 3
Ustaz AK juga menyatakan yang Nabi Muhammad saw sangat sayangkan orang miskin. Beliau sangat menyayangi Sayyidina Ali dan Sayyidina Abu Bakar.
Ustaz berpesan kepada para wanita, tidurlah di celah ketiak suami kerana ianya adalah sunnah.
Nabi Muhammad saw pernah tertidur di riba Sayyidina Ali sehingga Sayyidina Ali terlepas solat asar. Dia tidak sampai hati mengerakkan insan kesayangan ini yang lelah tertidur dipangkuannya. Sehinggalah matahari hampir terbenam, Nabi Muhammad saw terjaga dari tidurnya dan terkejut kerana Sayyidina Ali masih memangkunya dan mengatakan "bukankah kau belum solat asar. "kau kan kekasih Allah" kata Sayyidina Ali apabila dipersoalkan akan perbuatannya itu. Lalu Nabi Muhammad saw telah berdoa kepada Allah swt supaya dapat menarik kembali waktu yang terlepas supaya Sayyidina Ali dapat melakukan solat asar. Atas perintah Allah swt, matahari telah naik sejengkal untuk meraikan Sayyidina Ali yang sangat cintakan kekasihNya itu. Sayyidina Ali melunaskan waktu asar yang telah terlepas darinya sebelum itu.
Pesan Ustaz AK lagi, ibubapa adalah taman syurga. Ibu kita adalah rezeki kita. Dia menceritakan pengalamannya satu ketika sebelum dia aktif sebagai penceramah. Tugasnya hanyalah sebagai guru biasa dengan pendapatan yang sederhana. Apabila melawat ibunya di kampung, dia telah memberi ibunya sebanyak RM 200.00, kebetulan hanya itu sahaja yang ada di dalam poketnya dan percaya ada rezeki lain yang akan Allah swt beri sekiranya dia berbuat baik kepada ibunya. Keyakinannya diimbal dengan rezeki mendapat RM 4,000.00 kerana mengantikan seorang ulama ketika memberi ceramah di dalam satu majlis.
Ustaz AK melancarkan tabung derma untuk Surau Tanah Wakaf. Ustaz AK mewar warkan akan derma tersebut akan mendapat pahala yang berpanjangan bila wang tersebut diguna pakai untuk kegunaan surau dan orang ramai. Alhamdulillah, kutipan derma pada malam tersebut sangat memberansangkan dan wang tersebut akan disalurkan untuk menyempurnakan pagar yang belum siap sepenuhnya, membayar segala macam bil dan lain lain aktiviti sepanjang 2015 ini. Terima kasih yang tidak terhingga dari kami pihak AJK Surau Tanah Wakaf, segala derma Insya Allah mendapat imbuhan dariNya yang Maha Pemurah dan Penyayang.
Ustaz AK menyambung kembali ceramahnya,
Redha dan syukurlah akan pasangan kita kerana asas bahagia adalah redha. Biar buruk macam mana pasangan kita, seandainya kita terima dengan ikhlas kerana Allah swt, InsyaAllah kita akan rasa bahagia.
Ustaz AK menceritakan tentang seorang pemuda yang selalu mengikuti ceramahnya dan sentiasa duduk di hadapannya. Sebelum itu dia seorang yang sangat bebas, minum arak dan zina. Cerita buruknya disebarkan di facebook hingga ramai orang tahu akan kisahnya yang sangat aib. Apabila ditanyakan kepadanya lalu dijawab oleh pemuda tersebut " tak apa ustaz, kalau dia buka aib saya di dunia, kalau di akhirat Allah swt yang buka..dia redha
Bersyukurlah banyak banyak. Mata yang menangis itu adalah milik kita. Mendengar azan adalah satu nikmat. Pelbagai nikmat anggota badan yang kita miliki..lakukanlah amalan ibadah.
Ustaz AK menutup ceramahnya dengan sepotong pantun lucu,
" pergi ke dubai membeli maruku, Makcik...bye bye..., Pak Cik....i love you"
Majlis ditutup dengan ucapan ribuan terima kasih dari Pengerusi Majlis kepada semua penderma dan para jemaah yang hadir menyemarakkan majlis pada kali ini.
Selesai solat isyak, tetamu dihidangkan dengan makan malam. Alhamdulillah.
Semoga berjumpa di lain masa...Assalamualaikum wbkt..
Subscribe to:
Posts (Atom)