Wednesday 30 January 2013

AWAS BILA MENGELUARKAN KATA KATA

Assalamualaikum wbkt..


Aduhaii..sebenarnya mama nak update kat sini lama dah.  Salah dengar ker aku..nanti boleh bawa fitnah..lagi dosa..

Tapi bila diamati banyak kali, baru yakin akan kata kata empunya diri yang sentiasa diulang tayang iklannya kat tv berbayar..

Katanya.."Hidup & Mati Aku dan Isteri Di tangan aku dan isteri"

Sangat bahaya dari isu "Kalimah Allah"..siapa siapa perasan..ada perasan..memang tak perasan kot..sebab senyap sunyi jerr..tak sensasi..tak kecoh bila empunya diri yang sangat popular dengan selamba rock mengaku islam tetapi mengeluarkan fatwa sebegitu..

Apapun..semoga empunya diri kembali sedar dengan kata katanya yang mungkin keluar ketika sedang emosi..

Sunday 27 January 2013

MERLIN ITU DAJJAL


Assalamualaikum wbkt..

Sebenarnya mama suka sangat cerita Merlin,  sekarang ni dah habis siri dia kat channel Astro 702, tetapi mungkin atas permintaan ramai, siri tersebut telah diulang tayang bermula dengan siri pertama...

Kenapa erk..?  Suka sangat tengok cerita tu..adakah mama dan peminat siri tersebut terkena sihirnya..entahlah..jadi hingat hingatlah..

Artikel di bawah bukan hasil penulisan mama tetapi faktanya macam betul jerr..mama copy paste untuk diri sendiri..juga untuk dikongsi..semoga memberi manafaat kepada semua..wallahualam..


Membongkar Penampilan Dajjal Sebagai Merlin

Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal yang saya maksudkan.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :
"Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri."
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita."
Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa "makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan." 

John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
"Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,..."
Merlin a.k.a Dajjal 

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah 'penipuan agung'.

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.
"Walau apa pun sejarah hidup Merlin, walau dari mana pun asal usulnya, dia tidak pernah berhenti mengambil tahu hal dunia dan manusia yang menghuninya. Tugasnya yang penuh rahsia di dalam membangunkan sejarah Britain sejak dari zaman Geoffrey of Mommouth hingga Mary Stewart. Sebagai penerahu utama di dalam membina kerajaan Raja Arthur dan pengasanya Meja Bulat, sebagai nabi, pengawas, dan adakalanya sebagai semangat Britain, kemudiannya adalah benar."{2}
Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur

Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.
Ketika zaman pemerintahan  King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedang Excaliburthe Round TableLancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin

Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.
"Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar."
Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.

Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman 
Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman). 
"Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal  sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita.

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel."
John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;
"Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman..."{3}

Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia.{4} Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis...

______________________________________
1.Lihat Muhammad Isa Dawud, Dajjal Akan Muncul Dari Segitiga Bermuda
2.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 132
3.Lihat John Matthews, Merlin : Shaman, Prophet Magician, hlm 126
4.Lihat Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal

http://aku-macjay.blogspot.com



Tuesday 22 January 2013

KISAH KELAHIRAN NABI IBRAHIM A.S.

Assalamualaikum wbkt..

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad  s.a.w dan seluruh ahli keluarga dan sahabatnya sekalian..begitu juga ke atas Nabi Ibrahim a.s., seiring dan tidak mungkin ditinggalkan selawat ke atas mereka setiap kali dibaca ketika duduk tahiyat akhir solat..

Kita dah sering mendengar akan kisah kelahiran Rasulullah saw,  Insya Allah sentiasa di ingatan.  Tetapi tentu kita alpa dengan sejarah kelahiran Nabi Ibrahim a.s.  Kita hanya tahu kisah beliau sejak kecil yang sering mempersoalkan akan tuhan bapanya, tetapi bagaimana kelahirannya di muka bumi ini tidak didapati dari mana mana hadis..wallahualam..jika ada harap dapat syer kat sini..

Mama dapat tahu pun bila menonton Klip ceramah dari Ustaz Nazmi Karim..


Ringkasnya,  Kisah ini didapati dari Tafsir Kitab Bani Israel.  Diceritakan di dalam kitab tersebut ketika zaman pemerintahan Raja Namrud di kerajaan Babylon.  Beliau telah mendapat satu mimpi mengatakan akan lahir seorang lelaki di kalangan rakyatnya yang akan memusnahkan dirinya.  Akibat terlalu taksub dan percaya dengan mimpinya beliau telah memerintahkan kesemua kaum lelaki yang berada di bawah pemerintahannya ketika itu supaya keluar dari bandar dan mengikutnya ke satu tempat yang sangat jauh dari bandar tersebut.  Para isteri dan wanita telah di tinggalkan di bandar kecuali isteri Namrud sendiri.  Niatnya adalah supaya dapat mengelakkan dari terjadinya perhubungan suami isteri antara rakyatnya, jadi tiadalah kaum wanita ketika itu yang akan mengandung.

Sebijak mana sekalipun perancangan manusia,  Allah swt lagi Maha Bijaksana.  Pada satu hari tiba tiba Raja Namrud teringin akan satu makanan yang hanya berada di bandar.  Lalu beliau telah memerintahkan seorang lelaki yang sangat dipercayainya untuk pergi ke bandar dan berpesan jangan sekali kali pergi bertemu isterinya.  Akur dengan perintah Raja Namrud,  berangkatlah lelaki tersebut ke bandar.  Ketika sampai di bandar tersebut,  lelaki itu teringat akan isterinya dan rindu yang membuak buak menyebabkan dia lupa akan pesan Raja Namrud.  

Lalu bertemulah dia dengan isterinya dan terjadilah perhubungan suami isteri.  Setelah melepaskan rindu, lelaki tersebut meneruskan pencariannya mencari makanan idaman Raja Namrud.  Setelah mendapat apa yang di cari,  kembalilah dia kepada Raja Namrud. Raja Namrud bertanya adakah dia bertemu dengan isterinya,  sudah pastilah dia tidak mengakuinya kerana takut dihukum oleh Raja Namrud. 

Selang beberapa bulan kemudian, isteri kepada orang kepercayaan Raja Namrud tadi telah mengandung. Manakala Raja Namrud yang masih berwaspada telah memerintahkan kepada pegawainya supaya memeriksa dari rumah ke rumah untuk mencari wanita yang sedang mengandung, dan ditunggu kelahirannya, seandainya anak itu lelaki,  bayi itu akan dibunuh.

Untuk mengelakkan diri dari di tangkap, isteri malang tadi telah melarikan diri ke dalam hutan.  Kandungannya ketika itu baru lima bulan dan mungkin kerana ketakutan dan takdir yang Maha Esa,  lahirnya seorang bayi lelaki darinya.  Lalu diberinya nama Ibrahim.  Setelah melahirkan anak itu,  ibu yang ketakutan tadi telah meninggalkan anaknya di dalam hutan keseorangan dan bertawakal supaya anaknya selamat.

Nabi Ibrahim a.s telah dipelihara oleh Allah swt tanpa gangguan dari sebarang bahaya.  Baginda telah dikurniakan mukjizat jari jarinya terpancar air susu, madu dan air biasa.  Baginda hanya menghisap jarinya untuk menghilangkan lapar dan dahaga.  Baginda membesar dengan cepat sebagai seorang kanak kanak.  

Setelah beberapa bulan, ibu tadi terkenangkan anak yang ditinggalkan.  Lalu mencari di dalam hutan di mana dia tinggalkan bayi tersebut.  Ketika pertemuan itu  hanya tiga soalan yang keluar dari mulut baginda..pertama : Ibu..siapakah tuhan kita..ibu..? Tuhan kita adalah ayah kamu, jawab ibunya. keduanya : Jadi..siapakah tuhan kepada ayahku..? Raja Namrudlah tuhan ayahmu, jawab ibunya dengan yakin. ketiganya : Siapa pula tuhan kepada Raja Namrud itu..? dan ibunya terkedu tidak dapat menjawab akan soalan dari anak kecil itu.. 

Ibu kepada Nabi Ibrahim a.s pergi menemui suaminya dan mengkhabarkan akan anak mereka yang berada di dalam hutan.  Suaminya sangat terkejut kerana tidak tahu isterinya telah hamil dan sudah melahirkan tanpa pengetahuannya. Teruja dengan khabar gembira tersebut, si bapa mengajak isterinya pergi mendapatkan anaknya di dalam hutan.  Ketika pertemuan itu, sekali lagi Nabi Ibrahim a.s bertanya kepada ibubapanya dengan tiga persoalan..

Pertama : Ayah..siapakah tuhan ibu..? Tuhan ibu kamu adalah ayah, jawab ayahnya dengan yakin.

Kedua : Siapa pula tuhan ayah..? Tuhan ayah ialah Raja Namrud, sekali lagi dijawab dengan yakin oleh ayahnya

Ketiga : Jadi siapakah tuhan kepada Namrud itu..? ayahnya terkedu dengan soalan yang tidak disangka sangka lahir dari mulut anak kecil di hadapannya itu..

Bapa Nabi Ibrahim sangat bimbang akan keselamatan anaknya.  Seandainya Raja Namrud tahu sudah pasti anak itu akan dibunuh oleh Raja zalim itu.

Sudah pastinya baginda sentiasa di dalam peliharaan Allah swt. Apabila baginda meningkat dewasa dan mengerti apa yang dicarinya selama ini, baginda telah dilantik sebagai Nabi dan Rasul dan dari susur galurnyalah lahirnya Nabi Ismail a.s. dan darah mereka terus mengalir ke tubuh Nabi tercinta kita Nabi Muhammad saw. dan keturunan baginda saw.









SALAM MAULIDUR RASUL 1434 (2013)

Assalamualaikum wbkt..

Salam Maulidur Rasul dari mama untuk semua yang datang berkunjung ke blog ini..




Jom selawat..bukan pada hari ini sahaja malah menjadi amalan dikala ingat..semoga sentiasa ingat...











Saturday 12 January 2013

MEGAH LER BANGSA tuttt

Assalamualaikum wbkt..

Alhamdulillah..program kat Stadium Merdeka semalam berjalan dengan lancar dan sangat aman..maksudnya dah takda cerita orang meninggal, orang kena pukul sampai berdarah darah..kalau ada yang bising sebab langgar peraturan bawa budak kecil, orang terlebih ramai dari sepatutnya dan sampah sarap yang banyak..bukanlah satu isu yang besar pun.. adehh..carilaa idea lain..kebudak budakan..

Semua bangsa tak kira Melayu, Cina, India dan lain lain bersatu hati..seram tu Pak Najib oii..tak sabar nak tunggu PRU..apa jadi agaknyer erk..


Tapi ada sesuatu yang tak seronoknya..sana sini tak kira apa fahaman parti, meka dok sibuk membela kaum tutt..amboii..naik tocang mereka erk..megah kena bela..makin mengada ngada..macam macam lagi mereka nak minta..ini bangsa jenis tak bersyukur duduk kat bumi Malaysiaku yang tercinta..








Sunday 6 January 2013

JAWAPAN KENAPA WANITA ISLAM DIMINTA MENUTUP AURAT

Assalamualaikum wbkt..

Almarhum Sheikh Ahmed Hoosen Deedat dilahirkan di Surat,India pada tahun 1918. Ayah beliau adalah tukang jahit & beliau berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1927. Ibu beliau meninggal dunia di India beberapa bulan selepas beliau berhijrah ke Afrika Selatan. Disebabkan masalah kewangan beliau terpaksa berhenti sekolah ketika berumur 16 tahun & mula bekerja.

Beliau juga adalah bekas Pengerusi Islamic Propagation Centre International (IPCI) di Afrika Selatan. Pengarang lebih 20 buah buku dan mengedarkan jutaan salinan buku-bukunya secara percuma. Telah ribuan kali berceramah di serata dunia dan beberapa ribu orang telah memeluk Islam di atas usaha beliau.

Beliau lumpuh pada 3 May 1996 dan meninggal dunia pada 8 Ogos 2005 di rumahnya. Isteri beliau Hawa Deedat,meninggal dunia pada 28 Ogos 2006 ketika berumur 85 tahun.

Semoga Sheikh Ahmad Deedat ditempatkan bersama golongan yang dirahmati Allah swt.

Video di bawah adalah salah satu sedutan ceramah beliau di mana salah seorang penonton bertanyakan persoalan tentang kewajipan wanita islam diwajibkan menutup aurat..


Thursday 3 January 2013

CENDAWAN KUKUR DAN NOSTALGIANYA

Assalamualaikum wbkt semua..


rupa cendawan kukur
Kenal cendawan kukur tak..?  Biasanya tumbuh subur di dahan getah yang telah ditebang.  Selalunya akan menjadi buruan bila tiba musim hujan,  amboi..selepas hujan cendawan kukur akan kembang biak berbulu bulu kat dahan pokok yang rebah..

Khabarnya dengan memakan cendawan kukur dapat mengurangkan kolesterol tubuh dan menghalang pendarahan otak...ermm baru tahu..selalunya dimakan sebab sedap sesangat..sangat exotic..

Nostalgia kembali mengamit, semasa mama kecil.  Masa itu masih di sekolah rendah, sangat lasak, sangat aktif ,bukan penakut dan suka merayau dalam ladang getah dan berkubang di sawah..

Kebiasaan Malaysia mengalami musim hujan yang sangat aktif ketika tiba bulan November dan December.  Masa ini juga sekolah ditutup sempena cuti akhir tahun, sangat tepat sebab cuaca macam inilaa paling best tarik selimut sampai ke tengahari..

Tetapi kalau jiran pelawa pergi pungut cendawan kukur kat kampung sebelah, terus melompat dari tilam.  Semangat tubuh kecil mama ketika itu semacam jerr..walau tahu akan kena berjalan jauh berbatu batu...

Selalunya mak mama tak ikut sebab dia tidak berapa sehat lebih lagi kalau diminta untuk berjalan jauh.  Jadi mamalah penganti mak, rezeki percuma dari Allah swt..kena usaha pungut dan bawa balik jerr..dalam hati sebenarnya nak sukakan hati mak..mak pasti suka sebab cendawan kukur bukan sahaja enak dimakan malah boleh simpan lama bila sudah dikeringkan..

Berbondong bondonglah kami melintasi sawah dan ladang getah untuk sampai ke destinasi.  Setelah penat berjalan selama sejam, akhirnya tibalah kami ke kawasan ladang getah yang kelihatan terang benderang, sebab pokok pokoknya rebah ke tanah kerana telah ditebang.  Seluas mata memandang, kami berlari mendapatkan dahan getah masing masing.  Meluap luap semangat apabila melihat cendawan kukur mengerutu tumbuh di atas kulit dahan pokok getah..dengan rakus tangan kecil mama memungut dan memasukkan cendawan ke dalam beg guni yang telah dibekalkan oleh mak mama..

Selepas habis satu dahan, ke satu dahan... masa itu takda laa ingat ada ular kerr..ada lipan kerr..cuma di dalam kepala..cendawan..cendawan..kasi penuh satu guni..

Cuma paling tak bestnya kena pikul guni yang berisi cendawan untuk bawa balik ke rumah..adehh..datang tadi tentulaa ringan jerr takda beban..bila balik kena pikul beban yang hampir dua ke tiga kilo beratnya..tapi tetap seronok sebab kawan kawan sebaya juga begitu..mana yang dapat pungut lagi banyak..berlagak laa dia orang.  Masing masing sibuk beri idea nak buat apa dengan cendawan yang banyak itu..ada yang nak jual untuk beli kasut dan beg sekolah yang baru, ada yang kata nak simpan untuk kakak dan abang yang merantau, ada yang kata nak makan puas puas...ada yang tak tahu nak buat apa..orang seronok dia pun tumpang seronok..

Semasa dalam perjalanan untuk pergi kami tidak singgah mana mana, tetapi ketika dalam perjalanan balik kakak sepupu ajak singgah rumah seorang saudara di mana kami melalui rumahnya untuk balik ke kampung kami..

Kami akan dihidangkan air dan makanan, sebagai balas kami beri dia sedikit hasil pungutan tadi..setelah puas berbual dan perut telah digalas..kami meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah..

Sampai di rumah, mak sambut dengan senyum lebar.  Mak ambil guni dari tangan mama dan mama ambil nyiru buatan tangan abah..mak lambakkan cendawan kukur tadi..ermm dapat dua nyiru penuh..mak kata..kalau dijemur..cendawan akan kecut dan jadi sedikit..

Tetapi kalau nak masak kena rendam dahulu..cendawan kecut kering tadi akan kembali kembang seperti mana kita pungut pada asalnya.  Kali ini tugas mak kena bersihkan segala sampah yang ada pada cendawan..tampoknya dibuang..setelah bersih mak jemur tengah panas sampai cendawan jadi kecut, kecil, kering dan memutih..cukup bagus untuk disimpan bertahun tahun..

Bila teringin nak makan, kami masih ada stok cendawan kukur walau hari panas berdenting, hujan tidak turun dan dahan getah tidak ada yang ditebang..

Itu dulu..tetapi sekarang ini dah susah nak dapatkan cendawan kukur.  Maklumlaa dahan getah tidak lagi dipandang sebagai bahan api atau bahan terbuang,  dahan getah telah dinaik taraf..ada nilai pasaran..diguna untuk membuat kayu atau perabut..jadi kalau ada ditebang dan ada proses untuk tanam semula..belum sempat bercendawan..dahan getah dah ada atas lori untuk di bawa ke kilang bagi proses pembuatan kayu dan perabut..

Kalau pergi ke Pasar Tani..ada juga laa cendawan kukur ni..tetapi harganya perghh...1 tin kecil sardin..RM 3.00 tuu..kala teringin mama beli juga dan nostalgia lama membuat hati ini jadi rindu untuk kembali ke zaman itu..




















GELOMBANG TWISTIES HOMEMADE

rupa Twisties Homemade..kalau rajin pi laman ni..

Bahan yang diperlukan


mee laksa kering


jenis rempah ikut suka hati kita


melambak di pasaran..pastikan yang halal


macam macam jenama ada..pilih yang kita suka

Cara

  1. Patah patahkan mee laksa kering, agak agak dalam 1 1/2 inci, goreng sehingga kembang..angkat
  2. Blander semua bahan kecuali mee laksa 
  3. Gaul bahan blander dengan mee laksa ..ikut keperluan..banyak mana mee yang kita goreng tadi..agak agak ler..
  4. Nak senang..masuk bahan blander ke dalam plastik, masukkan mee tadi dan pegang mulut plastik jangan kasi bahan dalamnya terkeluar..goncang sehingga bahan melekat pada mee..siap..























DAKWAH USTAZ AZHAR IDRUS

Assalamualaikum wbkt..

Baru baru ni mama ada terbaca satu artikel berkaitan dengan cara Ustaz Azhar Idrus memberi ceramah kepada pendengarnya yang setia.  Makhluk Allah swt ini rupanya tersangatlah marah melihat dan mendengar akan cara Ustaz Paling Popular ini menyampaikan ilmunya kepada masyarakat dengan cara yang agak lucu. 

Katanya Ustaz ni telah menjatuhkan maruah agama, maruah masjid dan maruah tok tok guru yang mengajar agama. Dia kata lagi Ustaz takda beri apa apa impak kat masyarakat yang mendengar kuliah, takda sapa yang taubat, takda sapa yang masuk islam..takda dan takda..bla bla bla.. 

Malam tahun baru 2013..cara dan tempat yang sangat berbeza suasananya...





Masalahnya, dia tahu kerr..dia malaikat kerr..orang sana taubat..orang sini tutup aurat..orang situ tak tinggal solat..orang sinun tak mahu lagi terkinja kinja sambut tahun baru dengan awek buat maksiat, orang sinin yang terpesona dengan islam gara gara mendengar bicara Ustaz Paling Popular kat Malaysia ni..huhu.. 

Ish awat cakap lagu tu.. Sepatutnya kita bersyukur sebab dah terlihat akan arus perubahan remaja masa kini.  Walaupun tidak seratus peratus tetapi apabila melihat kelibat anak muda samada lelaki atau perempuan, duduk tertib menjaga adab mendengar nasihat dari Ustaz tersohor masakini...sejuk rasa hati.  Kalau dibandingkan dengan remaja yang masih ting tong dengan sambutan besar besaran di Dataran Merdeka..lepas tu bertaburan kondom entah milik siapa...adehh..