Tuesday 23 October 2012

LAU KANA BAINANA AL-HABIB


Assalamualaikum wbkt..Kali ini mama nak syer satu nasyid yang mama sangat suka..




LAU KANA BAINANA AL-HABIB


Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan...
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,
Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,
Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.
Kami mohon...Kami mohon pada-Mu,
Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam.....

يا رَبِّي قَدْ غَفِلْنَا وَكُلُّناَ طَمْعٌ
فِيْ عَفْوٍ وَفِيْ كَرَمٍ وَفِيْ أَعْتَاقٍ
وَجَنَّةٍ مَعَ سَيِّدِ الْبَشَرْ
نَدْعُوْك..نَدْعُوْكَ رَبِّيْ مِنَ الْأَعْمَاقِ

ya rabbi ghafilna wa kulluna thomaun

fi afwin wa fi karamin wa fi ataqin
wa jannatin maa saiyidil basyar
nad u nad u.. ka rabbi minal a maki

Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..

لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيْب
لَدَنَا القَاصِيْ وَالْقَرِيْب
مِنْ طَيِّبَةٍ قَبْلَ الْمَغِيْب 
طَالِباً قُرْبَ الحَبِيْب

lau kana bainananal habib

ladanal qasi walqarib
min thoibatin qablal maqhib
tholiban qurbal habib

Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda, 

Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.

بِقُرْبِهِ النَّفْسُ تَطِيْب
وَتَدْعُوا الله فَيُجِيْب
أَنْوَارُ طَهَ لاَ تَغِيْب
بَلِّغْنَا لِقَاهُ يَا مُجِيْب

biqurbihi nafsu tathib

wa tad ullahu fa yujib
anwa ru thoha taghib
balliqna liqahu ya mujib

Hidayahmu kepada alam merata luas
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.
Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah. 

هُدَاكَ الْكَوْنُ الرَّحِيْب
رَحْمَةَ الهَادِيْ الْقَرِيْب
حَدِيْثُكَ النَّهْرُ الْعَذِيْب
جِوَارُكَ الْغُصْنُ الرَّطِيْب


hudakal kaunu rahib
rahmatal hadil qarib
hadithuka nahurul azib
jiwarukal ghusnur rathib


Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang, 
Tuhan kepada seluruh Alam

فَدَتْكَ رُوْحِيْ يَا حَبِيْب
محمدٌ مُكْرِمَ الْغَرِيْب
بِقُرْبِكَ الرُّوْحُ تَطِيْب
ياَ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْن

fadatka ruuhi ya habib

muhammadun mukrimal gharib
biqurbikar ruhu tathib
ya rahmatal lil alamin

Wahai Kekasihku Wahai Muhammad 

Wahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.

يَا حَبِيْبِيْ ياَ مُحَمَّدْ
يَا طَبِيْبِيْ يَا مُمَجَّدْ
أَنْتَ ذُوالْفَضْلِ الْمُؤَيَّدْ
جَلَّ مَنْ صَلَّى عَلَيْك



ya habibi ya muhammad
ya thoibibi ya mumajjad
anta zul fadlil muayyad
jalla man solla alaik






Sunday 21 October 2012

APAM AISKRIM

Assalamualaikum wbkt..

Adehh..geram betul tengok apam aiskrim ni..bila nak buat ni..





Bahan

3 cwn tepung gandum
4 biji telor
2 cwn gula kastor

3/4 cwn air aiskrim soda
1 sdt ovelate
Esen vanila@apa2 perisa
Pewarna
Coklat masakan
Kacang,badam,cklat rice@apa2 ja utk hiasan

Mula mula buat kon guna kertas pembungkus makanan itu.  Letak selotape supaya kon tak terbuka dengan mudah.  Susun di dalam kukusan..masukkan bucu tajam ke dalam lelubang supaya dia berdiri dengan kemas di dalam kukusan


Cara


Pukul telor hingga kembang, masukkan ovelate, pukul lagi sampai putih

Masuk tepung, kaup bagi rata, masukkan aiskrim soda, gaul lagi hingga sebat
i

Bahagikan beberapa bahagian, warnakan

Masukkan adunan ke dalam kon tadi secara selang seli, tinggalkan 1/2 ruang kon supaya apam dapat naik dengan cantik

Kukus selama 15 minit, sejukkan

Tuang coklat masakan dan deko ikut suka ..dah keras coklat baru keluarkan dari kon..





RENUNGAN


Renungan..

Nabi Ibrahim a.s ketika ditanya : Mengapa Allah menjadikanmu Khalilullah (kekasih Allah) Jawabnya kerana 3 sebab

1. Tiada aku disuruh memilih dua perkara kecuali aku pilih untuk Allah dari yang lainnya

2. Aku tidak pernah risau terhadap rezekiku yang dijamin oleh Allah

3. Aku tidak pernah makan sama ada waktu siang atau malam kecuali bersama tetamu




Angel Pakai Gucci

Orang riya' tidak merasakan dirinya riya'. Orang takabbur tidak merasakan dirinya takabbur. Dan orang 'ujub tidak merasakan diri dia 'ujub. Kerana hatinya sudah mati. T..T



Thursday 18 October 2012

DI MANA LETAKNYA ISLAM DI HATI KITA

Assalamualaikum wbkt..

Mama just copy paste artikel ni..sangat menarik untuk dibaca .. adakah solusinya..?

bacalah shbt.. semua


by Nije Kelate on Friday, 18 March 2011 at 01:05 ·



APA HEBATNYA AGAMA LAIN SELAIN ISLAM...?' - TOLONG BACA !!!


'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.


Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.


Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.


Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.


Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.


1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?


Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.


Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,


'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'


Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.


Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.


Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.


Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.


Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.


Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.


Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.


Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.


Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.


Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.


Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.


Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.


Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.


Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.


Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah.

PISANG SALUT ROTI

Assalamualaikum wbkt..

Tadi mama tengok channel Korea kat Astro, KBSW tu laa dan tertarik dengan satu hidangan yang sedang diperkatakan oleh mereka..Pisang goreng salut roti..nampak macam sedap..rasa macam nak cuba, tapi pisang takda kat umah..takpa..InsyaAllah nanti nak cuba juga..


Bahan

Pisang masak      
Roti sandwich biasa
Cheese..apa apa jenis pun boleh
Putih Telor dipukul
Serbuk roti

Cara
  1. Potong memanjang macam stick, jika pisang tu besar..potong empat
  2. Roti tadi lenyek nipis, ambil pisang tadi letak atas roti dan letak cheese
  3. Gulung hingga menutupi pisang, matikan dengan putih telor dan simpan dahulu di dalam peti ais supaya keadaan roll tegap
  4. Sebelum goreng, celop roll tadi dalam putih telor dan golekkan kat serbuk roti..pastu goreng hingga garing..


kat blog ni..tuan punya gambar goreng dulu pisang itu, baru letak dalam roti dan roti  pula guna roti wholemeal 




Wednesday 17 October 2012

PISANG MOLEN

Assalamualaikum wbkt..

Pisang Molen tu apa..?..mama pun baru tahu kewujudannya di muka bumi ni sebentar tadi kat laman FB.  Ada seorang kenalan dari Indonesia menyebutnya di status FB dia..ermmm..mula laa nak tahu..maka mencari carilaa mama di halaman google dan hasilnya dapatlaa resepi dia..

Rupanya pisang masak di salut dengan tepung seperti kulit pie, lepas itu digoreng garing..macam sedap jerr..jom cuba untuk minum petang nanti..

Pisang Molen
gambar dari laman google
macam ulat mentibang jerr..huhu

Bahan 

Semua jenis pisang masak
Minyak goreng untuk menggoreng

Pastri

250 grm tepung gandum
50 grm gula halus
1/2 sdt esen vanila
1/2 sdt garam
100 grm marjerin
150 ml air ( jangan letak semua..letak sedikit sedikit hingga adunan boleh dibentuk )

Cara membuat :
  1. Jika pisang jenis besar, kita belah dua dan potong memanjang untuk hasil yang comel
  2. Gelek doh dengan ketebalan 2mm, potong memanjang..jadikan macam selotape
  3. Lilit kat pisang tadi sampai tertutup isinya
  4. Goreng hingga kekuningan dan ketika menghidang tabur gula halus kat atas dia..






OMPUTEH CARI SOUL MATE..MAHU KERR..?

Assalamualaikum wbkt..

Mama dapat satu mesg kat FB dari seorang mat saleh..kekononnya nak berkenalan dengan mama..nama dia Frank Desmond..

Ker..ni taktik nak ngenakan orang pompuan kat Malaysia ni tak tahulaa..sapa sapa yang ada terima mesg begini..jangan percaya yerr..cam perfect jerr mamat ni..yang bangang jerr percaya..rasanya..

Selepas mama balas email dia..kata mama dah kahwin..maknanya jangan harap laa tu.., dia balas balik mesg mama..cer baca kat bawah..ish ish..

  • 16 September
    Frank Desmond
    • How are you doing today..? I hopefully believe you doing just fine..... I got to read your profile and i think am so much interested in getting to know you more better and please note am not here for games or to play with your emotion. I am here in search of a compatible and reasonable woman, Who have the fear of God respect and value a relationship,she must be family oriented type and have a great sense of humor and i promise to treat her right through good and bad times,in a short paragraph can you tell me a little about your self? ?,and also hope to read back from you soon..
      Best Regards

  • 8 hours ago
    Frank Desmond
    • Hi Dear,

      How are you doing today,so happy to receive your message and i am so happy that you received my email.....i will like you to know more about me,like i told you before that my name is frank Desmond originally from Italy but my mother is from Florida,i have one son and i Working as a Project Contractor Manager..i joined to search for my soul mate and a woman that i can love with all my heart.

      I would love someone who is fun to be around, likes to laugh, joke around, enjoy being outdoors going for long romantic walks, enjoys looking at the stars at night, and watching the sun set and rise over the ocean. I am looking for someone that enjoys the simple things in life, just as I do. I would like to meet someone special that I can grow old with, and that we can always look into each others eyes and know that the love between us is just as wonderful and exciting as the day we met I want to love a woman for who she is and love her, and let her know just how much she means to me, by the little things I do or say to make her feel special.

      Well I really want you to know much more about me, Unconditional Love and Respect - I am the type of person who gives my whole heart to my partner. I am thoughtful, considerate and affectionate. I like to be free to show my love and not have that stifled (of course, I behave in public! Lol ). I like to show my affection - hugs, kisses, cuddling.

      My partner will have no doubt that I love her. Loyalty - I am very loyal and trustworthy in my partnerships. I am loyal to a fault, which sometimes gets me in trouble but would explain my "little shred of hope" for the fairy tale romance. Fun and Laughter - I love to have fun and laugh - it's good for the soul. I can be very spontaneous and goofy but serious when need be. I'm not silly all of the time but I do like to joke around and have fun. Life is so boring without laughter..


      Well i hope i have been able to unveil myself,and i will like to know more 

Tuesday 16 October 2012

PENCIPTA USB FLASH DRIVE "PENDRIVE"

Assalamualaikum wbkt..

Selama ini mama tertanya tanya siapalah manusia yang mencipta pendrive yang kecil molek, boleh simpan beribu ribu data tu kann..tapi takda hajat laa pulak nak google..

Bila dapat info..terus nak syer kat sini..di bawah adalah antara jenis penyimpan data "USB Flash Drive" yang melambak lambak di pasaran.  Tetapi jenama asal ialah Pen Drive..jadi bila dah banyak pengeluar membuat benda yang sama..terlekat pukul rata dengan nama Pen Drive lah jugak..walau jenama masing masing berlainan..

rupa asal Pen Drive..mahal nih

Opss..siapa pencipta yang bijaksana ni yerr..

Pua Khien Seng
Haa..ni laa gambar dia..orang Selangor rupanya..tapi dah berhijrah ke Taiwan.  Kat sana dia belajar dalam bidang kejuruteraan dan dengan bantuan rakan rakan dia dapat bina sebuah Syarikat yang dinamakan Phison Electronics Corp. pada tahun 2000.

Selepas 6 bulan, ketika itu Pua Khien Seng berumur 27 tahun bersama rakan kongsinya telah berjaya mencipta alat menyimpan data "Pen Drive", dan merupakan yang pertama di dunia.. yang dapat nama Taiwan laa kan...


jenis yang mama guna..murah jerr
ikut fesyen..pompuan treandy sukalaa nii

sesuwai untuk simpan resepi kot..
khas untuk resepi kuih muih..kehkehkeh
sporty

Sunday 14 October 2012

JERUK MAMAN

Assalamualaikum wbkt..

Pagi tadi mama balik kampung mertua di Kuala Pilah, sebelum sampai rumah mertua, kami anak beranak singgah dahulu di Pasar Ahad atau Pekan Ahad yang bertempat di Tanjung Ipoh..apa yang nak dicari..?

Minggu lepas mama telah membuat gulai ikan dengan maman jeruk, tak puas rasanya menikmati maman jeruk tersebut kerana sedikit sangat.  Tak sampai segenggam nilainya RM 3.00, boleh tahan mahal juga.  Padan muka..malas nak buat sendiri jeruk maman..jadi kenalah bayar di atas kemalasan diri sendiri..

rupa sayur maman
Di Pekan Ahad banyak terdapat gerai menjual bermacam jenis sayur kampung.  Akhirnya sampai juga hajat untuk membeli sayur maman segar.  Mama beli setengah kilo dengan niat untuk dijeruk dan digulai..sudah tentu nak makan puas puas..heheh..

Disebabkan bukan untuk simpan lama, mama buat jeruk simple jerr.. Mama bersihkan sayur maman yang telah dipotong pendek dengan cara merendam sayur maman sebentar di dalam air, supaya pasir halus yang terdapat pada sayur maman surut ke dasar air rendaman tadi.  Selepas bersihkan dua tiga kali dengan air, barulah proses menjeruk dimulakan..


maman yang telah dijeruk..pahitnya akan hilang ketika proses menjeruk dilakukan
"sunggu enak dimakan begitu saja.."
Mama kacau air masak dengan garam (ikut kemasinan yang kita suka), lepas itu terus masukkan sayur tadi.  Biarkan sehari dua..bolehlah diolah untuk dijadikan partner ikan lemak cili padi, daging salai lemak cili padi atau dibuat ulam begitu sahaja.. tetapi jeruk ini tak tahan lama..sayur mudah busuk..

Untuk tahan lebih lama,  pastikan sayur tersebut kita jemur dahulu supaya dia jadi layu dan kering.  Potong pendek dan cuci bersih seperti langkah merendam dan mencuci beberapa kali... Masak air dengan garam, biarkan air itu jadi sejuk, bolehlah dimasukkan sayur maman tadi. Kalau suka boleh tambah cili padi sebiji sebiji kat dalam dia..

Ada juga yang mengunakan air beras..terpulang kepada diri sendiri..

Baru mama tahu rupa rupanya sayur maman ni ada dua jenis..satu jenis dinamakan maman pasir dan jenis kedua dipanggil maman hantu.  Jenis Maman pasir kurang pahit dan sangat enak dibuat gulai walau tidak dijeruk.  Manakala maman hantu,  jenisnya sangat pahit dan hanya yang suka benda pahit pahit jerr akan memakannya secara segar..mungkin betul..sebab ada sekali itu mama makan gulai maman segar di rumah seorang kenalan..MasyaAllah...pahit sungguh tetapi mama telan juga.. Baru baru ni pula jiran mama menghulurkan semangkuk gulai maman segar dengan daging salai..Subhanallah..sedapnya bukan main..pahitnya entah ke mana menghilang..



Saturday 13 October 2012

SAMBUT RAYA NGAN HALLOWEEN

Assalamualaikum wbkt..

Tengok kat gambar macam dekat Pasaraya Besar jerr..tah mana punya jahiliah yang pandai pandai gabungkan perayaan khurafat dengan hari kebesaran umat islam sedunia ini..

Jabatan Agama berdekatan tempat ini sila ambil perhatian dan ambil tindakan sepatutnya supaya sesuatu yang tidak halal pada kita menjadi Malaysia Boleh lepas ni..





CENDOL LEMAN DAWI

Assalamualaikum wbkt..

dekat dengan tempat tinggal mama
Mungkin ramai yang sudah tahu tentang Leman Dawi dan cendolnya di Jalan Tampin, Negeri Sembilan.  Bukan sahaja di dada akhbar, malah pernah dipromosikan di TV3 dan Astro di dalam rancangan Warong Kita, masa itu pengacaranya ialah Farouk Hussein.

Asalnya dia berniaga parang dan tapai di Jalan Tampin berdekatan dengan Taman Tuanku Najihah dan Taman Tuanku Jaafar.  Abang mama salah seorang pelanggan tetap dia semasa abang mama berniaga nasi lemak.  Dia pernah bagi petua dekat abang mama yang ketika itu meniaga nasi lemak semasa awal 90 an, jika nak sambal tumis ikan bilis kita sedap, tambah tapai pulut kat dalam sambal itu..memang yer laa pulak.. sambal tumis ada gas..marverlous...hehe..

Lama kelamaan perniagaan dia bertambah maju bila dia menjual cendol.  Tempat perniagaannya yang terletak di jalan besar benar benar strategik, bukan sahaja pelanggan tetap, malah sesiapa yang lalu di situ pasti berhenti untuk menikmati cendol leman dawi terutama ketika hari panas.  Masa itu cendol dia sedap juga, sebab segalanya cukup rasa..paling best ada pula air barli yang lazat yang disediakan secara percuma..boleh bungkus bawa balik lagi..

Akhirnya terpaksa berpindah ke tapak baru berdekatan dengan Sekolah Rendah Tamil, Sg Gadut, Jalan Tampin, Seremban, berikutan jalan tersebut hendak dilebarkan..terkenang kenang mama dengan "ini pokok ubi" dan kecomelan dia berdiri atas kerusi sambil memegang papan tanda "CENDOL HABIS"...sekarang kalau nak tengok terpaksa pergi ke Sg Gadut untuk melihat aksi lucu Encik Leman..




Sekarang janganlah meletakkan harapan yang tinggi tentang rasa cendolnya, kerana rasanya biasa biasa sahaja.  Tetapi amatlah rugi kalau tidak alami sendiri pengalaman menikmati cendol biasa biasa Leman Dawi, kerana sebenarnya yang istimewa di sini adalah keluarbiasaan tuan punya cendol.  Bukan sahaja peramah, kita akan dilayan dengan mesra walau pelanggan dia tengah ramai.

Beliau bagaikan Ensiklopedia hidup dan bergerak.  Kita tanya jer tentang geografi dan sejarah negara, membebellah dia tanpa henti.  Kadang kadang kita tak tanya dia yang tanya kita.  Setiap kata dan fakta nya sering tepat dan pembawaan lucunya benar benar menghiburkan.  Tanpa sedar cendol semangkuk habis kita telan,  jika tak segan kita boleh tambah lagi dan sudah tentu ianya adalah percuma..oppss..air barli percuma masih tetap disediakan untuk pelanggan yang sudi singgah di kedainya..

Encik Leman Dawi yang pemurah dan mesra alam
patutlah rezekinya melimpah ruah